Oleh IBNU JANIE
UMNO-BN yang berperang ‘gila-gila’ dengan Pakatan Harapan (PH) bagaikan tiada noktah, tiba-tiba mengisytiharkan hubungan mesra pada 21 November, dua hari selepas tamat ‘perang’ Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Penulis menggunakan perkataan ‘mengisytiharkan’ kerana hubungan ini telah pun berlaku secara sulit sebelum itu, cuma diisytiharkan pada tarikh itu. Ini disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sendiri.
Perkara ini ‘memeranjatberukkan’ ahli-ahli kedua-kedua parti gabungan ini kerana mereka memang tidak pernah tahu ‘hubungan sulit’ Presiden mereka Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim.
Belum cukup dengan itu tiba-tiba Anwar umum senarai kabinet dengan Zahid ditabal sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM)! Lagilah pening macai-macai ini nak menjawab!
Lalu dengan penuh keberatan mereka terpaksa juga mempertahankan kegilaan Anwar walau pun mereka susah. Pecah kepalalah mereka mencari idea.
Lalu mereka pun kata Anwar terpaksa melantik Zahid ke jawatan TPM kerana ia adalah perbincangan antara parti. Jadi BN berhak menamakan wakil mereka ke jawatan itu.
Hakikatnya kerajaan PH-BN yang dibentuk Anwar pada hari ini adalah terdiri daripada 148 Ahli Parlimen iaitu cukup dua pertiga majoriti gabungan PH, BN, GPS, GRS, Warisan dan bebas.
Zahid Hamidi |
Ahli Parlimen BN pula cuma seramai 30 orang. Jadi jika ditolak bilangan Ahli Parlimen BN ini jumlahnya ialah 118 orang Ahli Parlimen di mana Anwar masih boleh membentuk kerajaan tanpa BN.
Macai PH beri alasan bahawa GPS kononnya mengikut BN, jika BN keluar mereka akan tarik sokongan. Hakikatnya GPS bersendirian. Mereka tidak ikut sesiapa. Mereka hanya akan sokong siapa yang jadi kerajaan. Jadi mengapa pula Anwar tidak ada pilihan dan terpaksa melantik Zahid?
Untuk meredakan pening kepala, mereka bagi pula hujah bahawa jika Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan maka PN juga akan melantik Zahid sebagai TPM sama sahaja seperti yang sedang dilakukan oleh PH sekarang.
Mereka cuba menggunakan teori Pak Pandir untuk merasionalkan tindakan mereka itu.
Dalam kisah dongeng tersebut, Pak Pandir dan Mak Andeh kematian anak. Lalu Pak Pandir pun mahu mengebumikan anaknya. Untuk mengkafankan anaknya dia menggulungkan jenazah anaknya itu dalam tikar mengkuang.
Dalam perjalanan ke kubur jenazah anaknya terkeluar dari gulungan tikar tadi dan tercicir di tengah jalan tanpa disedari Pak Pandir. Dia menguburkan tikar tadi. Dalam perjalanan pulang ke rumah dia ternampak jasad anaknya itu di tengah jalan tanpa dia sedar yang itu adalah anaknya.
(Rencana ini disiarkan di ruangan Komen Editor, Harakah cetak bertarikh 12 Disember 2022) |
Sampai di rumah Pak Pandir yang melihat isterinya Mak Andih sedang menangis pun berkata “Jangan sedih Mak Andih, bukan kita saja mati anak. Ada orang lain pun mati anak macam kita”.
Begitulah PH, macam Pak Pandir. Mereka yang lantik Zahid jadi TPM, mereka kata pula jika PN bergabung dengan BN pun PN akan lantik Zahid jadi TPM juga.
Malangnya mereka silap. Anwar perlu belajar dari Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika pembentukan kerajaan selepas langkah Shareton, tidak melantik Zahid ke kabinet.
Selepas BN menarik sokongan pada Muhyiddin sehingga Ismail Sabri dilantik sebagai PM daripada BN pun, namun pada masa itu pun Zahid tetap tidak dilantik ke kabinet.
Malah jika PN menubuhkan kerajaan bersama BN selepas PRU-15 ini pun Zahid tetap juga tidak akan dibawa masuk ke kabinet.
Ini bukan sekadar seperti Anwar yang asyik berbohong dan menjilat kahak sendiri, namun ia telah dibuktikan dalam pentadbiran PN- BN sebelum ini sebagai testimoni.
Macai PH kata lagi, pada masa itu belum ada akta anti lompat. Namun akta anti lompat itu tidak pula memberi hak kepada ketua parti untuk menjadi anggota kabinet.
Ia sebenarnya adalah berasaskan perundingan. PH boleh menarik diri dari membentuk kerajaan jika Zahid tetap mahu jadi TPM. Namun Anwar-PH tidak mahu kerana semua ini memang sudah dirancang awal.
Perikatan Nasional menolak berada dalam kerajaan kerana berpegang pada prinsip tidak mahu ada kluster mahkamah dan DAP dalam kabinet. Terbukti Perikatan Nasional berpegang pada berprinsip berbanding PH dan BN yang menggadai prinsip demi kuasa.
Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat-Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka.
Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.
Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.
Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.
Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.
Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.
JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH