Home Melaka

Rencana | Pakatan PH-BN memang terancang, bukan terpaksa

623
SHARE

Oleh IBNU JANIE

PEMIMPIN Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akhir-akhir ini saling mengeluarkan kenyataan untuk memperkukuhkan kerjasama bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung.

Antara yang telah mengeluarkan kenyataan itu ialah Rafizi yang pernah menyatakan bahawa beliau adalah orang pertama yang akan menentang sekiranya PH bekerjasama dengan BN. Tetapi sekarang nampak sangat selesa dengan Umno-BN.

Kerana itu nampaknya kerjasama PH-BN ini bukanlah kerjasama dalam keadaan terpaksa seperti yang mereka dakwa semasa mula-mula mereka membentuk kerajaan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dahulu.

Masih segar diingatan, sebaik sahaja Anwar Ibrahim mengumumkan pakatan bersama dengan Zahid Hamidi bagi membentuk kerajaan PH-BN beberapa hari selepas PRU-15 berakhir, maka bingunglah sekalian rakyat Malaysia.

Manakan tidak, PH dengan kempen ‘anti-penyamun’, sementara BN dengan kempen No Anwar, No DAP’ ‘bagai nak rak’ semasa kempen PRU-15. Tiba-tiba dalam hanya tiga hari selepas selesai pilihan raya mereka berpakat.

Yang pening ialah pemimpin-pemimpin pertengahan, ahli-ahli akar umbi dan penyokong masing-masing yang ‘luka-luka’ dan ada yang ‘cedera parah’ berperang sesama mereka semasa kempen. Mereka kata “Eh, apa sudah jadi ni?”.

Lalu untuk merasionalkan ‘kebengongan’ yang berlaku maka ramailah ‘cybertrooper’ PH yang membuat konten-konten bagi merasionalkan apa yang berlaku itu. Cybertrooper BN pula tidak kata apa. Mereka semua dalam keadaan bersyukur,¬†mujur masih berkuasa.

Kata cybertrooper PH, apa yang berlaku bukan bermaksud bahawa mereka sudah bersekongkol dengan BN yang mereka gelar ‘penyamun’ sebelum itu. Tetapi ianya terpaksa dilakukan untuk memenuhi titah Yang di-Pertuan Agong bagi membentuk ‘Kerajaan Perpaduan’, bukan kerana sudah bersetuju dengan BN.

Untuk menangani cybertrooper Perikatan Nasional (PN) pula mereka menggunakan ‘kaedah Pak Pandir mati anak’ dengan mengatakan bahawa PN juga sebelum itu pernah bekerjasama dengan BN dalam kerajaan.

Bila cybertrooper PN menjelaskan ianya berbeza kerana semasa pembentukan kerajaan PN-BN dahulu pemimpin BN yang ‘kluster mahkamah’ tidak diberi jawatan kabinet walau pun mereka presiden parti, cybertrooper PH kata ‘masa tu tiada Akta Anti Lompat’.

Bila cybertrooper PN kata, Akta Anti Lompat tidak menyatakan presiden parti berhak masuk kabinet, mereka kata pula ini titah Yang di-Pertuan Agong. Jadi seolah-olah mereka memang hakikatnya tidak mahu bersama dengan BN, tetapi mereka tidak ada pilihan lain… kononnya.

Sebenarnya konsep ‘kerajaan perpaduan’ ini bukan sesuatu yang mengikat parti-parti yang sama-sama membentuk kerajaan itu untuk bekerjasama dalam pilihan raya. Parti-parti yang bermusuh dalam pilihan raya kemudiannya bersama membentuk sesuatu kerajaan perpaduan sebenarnya kekal bermusuh.

Sekiranya berlaku pilihan raya kecil atau berlaku PRU penggal seterusnya maka parti-parti yang berada di dalam kerajaan perpaduan tadi akan bertanding semula menentang antara satu sama lain seperti asalnya.

Kecuali jika selepas membentuk kerajaan bersama maka mereka berasa selesa dan mahu terus bekerjasama seperti parti Gerakan yang menentang Umno-Perikatan semasa PRU 1969, namun akhirnya bersama-sama membentuk BN selepas bersama dalam kerajaan campuran.

Jadi, sekiranya PH dan BN tiba-tiba membuat pakatan bersama untuk menghadapi PRN yang bakal berlangsung tidak lama lagi, maka itu bermakna pakatan ini bukanlah satu ‘pakatan terpaksa’, tetapi pakatan yang terancang dan telah dirancang dari awal.

Kita dapat membaca situasi sejak dari awal PH-BN membentuk kerajaan lagi, semasa kempen pilihan raya di DUN Tioman dahulu, semasa pertama kali berkempen bersama, Mohamad Sabu tiba-tiba berkata bahawa punca kepada masalah di mana-mana pun di dunia ini ialah gejala kafir-mengkafir.

Pelik tu! Jika dahulu punca segala masalah di dunia ini ialah rasuah. Tetapi selepas tiga hari PRU15 berakhir keadaan telah berubah dan rasuah tidak lagi menjadi masalah besar!

Hakikatnya semasa PRU15, rakyat yang menolak PH-DAP mengundi BN, rakyat yang mahu menghukum ‘penyamun’ mengundi PH-DAP. Selesai PRU15 mereka tiba-tiba bergabung. Hampa harapan rakyat yang mengundi mereka.

Jadi dengan pakatan terancang ini maka terbuktilah bahawa pemimpin kedua-dua parti ini bersikap ‘munafik’ semasa berkempen dalam PRU-15 yang lepas dengan menipu dan memainkan emosi pengundi hanya untuk mendapatkan undi rakyat.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka.

Rencana ini juga disiarkan di ruangan Komen Editor Harakah cetak Edisi Jumaat bertarikh 27-29 Januari 2023

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH