Home Melaka

Rencana | Matawang naik sebab Anwar, jatuh sebab?

941
SHARE

Oleh IBNU JANIE

KEGHAIRAHAN pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menzahirkan kekaguman terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dianggap seperti pakar pemulihan ekonomi negara pada pada ketika beliau mula menjawat jawatan itu sangat memualkan, seolah-olah beliau adalah penyelamat kepada ekonomi negara.

Antaranya ialah kenyataan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng. Dalam satu laporan media beliau berkata bahawa martabat Malaysia semakin diangkat di mata dunia selepas kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memulihkan nilai mata wang Ringgit Malaysia.

Beliau membandingkan dengan kadar tukaran sekitar RM4.42 pada waktu itu dengan kadar tukaran pada 4 November 2022 lalu di bawah Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang jatuh teruk pada kadar RM4.7460 berbanding satu Dollar Amerika Syarikat (USD).


https://malaysiadateline.com/ringgit-memulih-selepas-anwar-dilantik-pm-ini-petanda-martabat-malaysia-diangkat-di-mata-dunia-guan-eng/


 

Sebenarnya semasa PH-BN baru membentuk kerajaan Persekutuan pada 24 November 2022, matawang Ringgit adalah pada kadar RM4.4900 berbanding USD1.

Paras tertinggi dicatat sepanjang Anwar sebagai PM ialah RM4.2410 iaitu pada 27 Januari lepas. Hanya 10 hari sahaja Ringgit berada di bawah RM4.30 berturut-turut iaitu dari 20 Januari hingga 6 Februari sebelum jatuh semula melebihi paras itu.

Bermula 16 Februari pula Ringgit jatuh lagi melepasi paras RM4.40 berbanding 1USD. Sehingga saat rencana ini ditulis pada 21 Februari kadar tukaran ialah pada RM4.4325 bagi USD1. Paras terendah dicatat sepanjang pemerintahan Anwar ialah pada 29 November pada RM4.5050 bagi USD1.

Perkara yang sangat dibimbangi oleh kerajaan berkaitan dengan kejatuhan nilai Ringgit, sudah pastilah berkaitan kemungkinan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang akan memberi kesan kepada kadar faedah pinjaman di institusi-institusi kewangan.

Tindakan Amerika Syarikat yang kerap meningkatkan kadar OPR mereka bagi menyokong USD daripada jatuh sudah tentu memberi kesan kepada Ringgit dan matawang-matawang lain.

Setiap kali apabila Ringgit jatuh kerajaan Malaysia juga perlu melakukan perkara yang sama iaitu menaikan OPR bagi menyokong Ringgit pula.

Menaikan OPR yang akan menyebabkan peningkatan dalam kadar faedah yang sudah tentu bukan satu langkah yang mahu diambil oleh kerajaan kerana ia tidak popular dan akan menyebabkan rakyat marah. Namun ia masih boleh diselamatkan jika kadar inflasi turun atau tidak meningkat.

Pada penghujung Januari, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah membentangkan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan Disember dengan kadar inflasi mencatatkan kadar 3.8 peratus.


Rencana ini juga disiarkan di ruangan Komen Editor Harakah cetak Edisi Jumaat bertarikh 24 Februari 2023

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Januari telah membuat keputusan mengejut dengan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut.

Kenaikan sebelum itu bermula Mei, Julai, September dan November lalu, dengan masing-masing meningkat 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Selain itu harga petroleum mentah dunia yang rendah masa ini juga memberi impak kepada nilai Ringgit di mana kadar tukaran wang kita berkadar terus dengan nilai wang kita. Jika harga petroleum mentah meningkat ia akan menjadi salah satu faktor yang dapat meningkatkan nilai Ringgit, begitu juga sebaliknya.

Kerajaan perlu menggunakan sepenuhnya Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat bagi melakukan tindakan yang perlu dalam mengatasi kejatuhan Ringgit yang banyak memberi impak negatif kepada ekonomi dengan menggunakan dasar monetori yang sesuai.

Janganlah hanya jika Ringgit mengukuh, yang dapat nama Anwar, namun jika Ringgit jatuh maka disalahkan faktor-faktor lain. Memang faktor-faktor ekonomi yang menyebabkan Ringgit naik atau jatuh. Namun kebijaksanaan kepimpinan negara dalam mengurus ekonomi adalah tunjang kepada penyelesaian masalah.

Kita masih menunggu-nunggu magis dan kepakaran gabungan antara Anwar sebagai tokoh yang berpengalaman lama sebagai Menteri Kewangan dan pakar formula Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi dalam mengatasi kejatuhan nilai Ringgit ini. Kita tengok apa penyelesaian yang mereka akan sarankan pada pembentangan Bajet 2023 ini.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka

 

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH