Home Melaka

Rencana: Mat Kilau dan ibrah buat para pejuang

591
SHARE

Oleh KINTAN MAN

SEKIRANYA kita tidak belajar dari sejarah maka sejarah akan mengajar kita. Filem Mat Kilau wajar diangkat sebagai sebuah filem yang mampu memberi pengajaran tentang ketinggian semangat juang serta membakar semangat jatidiri Melayu Islam.

Sesungguhnya perjuangan menuntut kemerdekaan adalah dari pengorbanan yang jitu lagi berpaksikan akidah demi
memartabatkan satu jatidiri bangsa Melayu, mempertahankan Tanah Melayu serta mendaulatkan maruah agama Islam itu sendiri.

Konsep wala’ dan thiqah terhadap pemimpin adalah menjadi kewajipan kepada para pengikut serta akar umbi keseluruhannya.

Menyedari serta sanggup mengaku salah serta sanggup menerima hukuman adalah satu sikap yang terpuji menatijahkan asbab kemenangan secara berjemaah.

Strategi bersembunyi bukanlah bermakna mengaku kalah tetapi satu helah serta dapat mengambil masa untuk membuat jerat perangkap kepada musuh.

Mengutamakan serta meletakkan perjuangan agama, bangsa dan tanah air yang pertama dan utama mengatasi kepentingan terhadap isteri, anak dan keluarga adalah perkara yang amat mulia serta terpuji dan menjadi tuntutan tanggungjawab kepada setiap orang yang beriman.

Rencana ini juga tersiar di Harakah cetak bertarikh 8 Julai 2022

 

Kehidupan di dunia ini adalah terjemahan Kalam Allah secara sepenuhnya, bertepatan dangan Firman Allah, Surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Di dalam ayat lain Allah S.W.T berfirnan dalam Surah Al-Hujurât ayat 12 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Di dalam perjuangan kita raikan semua pendapat dan pandangan dan kita cari titik persamaan bagi mencapai satu keputusan yang terbaik untuk dirangka menjadi strategi yang ampuh.

Kepelgabagai idea adalah membuktikan kesuburan minda kerana semua dari kita berhasrat untuk berjuang di jalan Allah.

Firman Allah, Surah Ash-Shûrâ ayat 38 yang bermaksud:

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

Kedaulatan maruah agama, jatidiri bangsa serta tanah air adalah terpikul kepada kebijaksanaan serta hikmah para ulama dan keadilan dan kesaksamaan para pemerintah.”

Kejituan gabungjalin ini pastikan akan menghasilkn negara yang ‘baidatun toibbatun rabbun ghafur.’

Di dalam filem Mat Kilau ini acap kali disebut Melayu lemah kerana berpecah. Ada yang jadi pembelot dan ada yang Jadi munafik dalam perjuangan.

Sesungguhnya Tanah Melayu ini ada tuannya dan tuannya adalah orang Melayu yang menumpahkan darah malah mengorbankan nyawa demi perjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, bumi berdaulat, Islam didaulat, akidah diperhebat.

Mat Kilau (Kredit foto : Google)

Wahai anak Melayu, anak-anak muda milenia, sedar dan bangkitlah, bahawa kemerdekaan yang kita kecapi sekarang adalah hasil dari pengorbanan, darah dan nyawa para pejuang bangsa yang teguh dengan akidah serta berpaksikan ketauhidan kepada Allah serta psngakuan bahawa Rasulullah itu pesuruh Allah.

Erti kemenangan terbukti dengan kebijaksanaan dan mengajar kita kekuatan fizikal seperti senjata canggih sama sekali bukanlah lajak menjadi taruhan dalam perjuangan.

Kini, fitnah adalah senjata musuh dengan kecanggihan teknologi media massa. Sedarlah dan yakinlah semua itu mudah dipatahkan dengan sebuah kebijaksanaan yang tuntas serta hujah dari Kalam Allah dan sunnah Rasulullah SAW

Penulis adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka dan AJK Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat