Home Melaka

Rencana | Masa depan bangsa hancur jika Melayu ‘gadai undi’

801
SHARE


Oleh IBNU JANIE

JIKA kita ingat lagi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang lepas, dalam satu ceramah sewaktu berkempen, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pernah meluahkan kemarahan beliau dengan sikap sesetengah pengundi terutama orang Melayu yang meminta wang perbelanjaan perjalanan sekiranya mahu mereka pulang mengundi.

Tapi jika kita amati betul-betul itu adalah hakikat dalam politik negara kita di Malaysia. Ada sesetengah pengundi yang sanggup menjadikan undi mereka sebagai tebusan. Seolah-olah sesiapa yang mahu mereka pulang mengundi harus memberi mereka duit. Jika tidak, parti itu tidak akan mendapat undi mereka.

Kaedah ini sebenarnya ‘diasuh’ oleh sebuah ‘parti kaya’ yang lama memerintah dahulu. Ia menjadikan wang sebagai tarikan untuk mendapatkan sokongan kepada parti mereka sehingga timbul istilah ‘politik wang’ atau pun ‘rasuah politik’.

Ini adalah budaya yang telah diterapkan oleh parti tersebut sehingga akhirnya telah menjadikan orang Melayu ‘bijak’ dalam menjadikan undi mereka ‘berharga dan bernilai’ dari sudut wang Ringgit.

Akhirnya sesetengah pengundi terutama dalam kalangan orang Melayu telah terbiasa dengan perkara ini. Mereka tahu ahli-ahli politik Melayu sangat memerlukan undi mereka. Lebih-lebih lagi terdapat banyak pecahan parti politik Melayu.

Ini berbeza dengan orang-orang Cina. Setakat ini majoriti mereka satu hati mengundi DAP di kawasan majoriti Cina. Lebih-lebih lagi mereka mempunyai jiwa pengorbanan yang besar dengan sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk pulang mengundi

Ada di antara mereka yang pulang dari luar negara habis beribu Ringgit membayar tiket kapal terbang demi untuk memastikan DAP menang dan menguasai negara ini dan orang Melayu.

Namun bagi pengundi-pengundi Melayu yang sebahagian besarnya telah ‘diajar’ dengan wang menjadikan sesetengah mereka menjadikan undi mereka satu cagaran atau ugutan kepada parti-parti politik Melayu yang mahukan undi daripada mereka.

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengubah satu cara hidup yang telah dibina oleh ‘parti kaya’ itu selama berpuluh tahun dengan budaya membayar kos perjalanan balik untuk pulang mengundi bagi pengundi-pengundi luar.

Mereka sudah terbiasa dengan cara itu. Bagi pengundi-pengundi ini parti yang tidak menyediakan wang untuk mereka pulang mengundi tidak akan mendapat undi mereka.

Malah ada sesetengah pengundi Melayu yang mahu beralih daripada ‘parti kaya’ itu kepada mengundi PN, tetapi menuntut untuk diberi belanja perjalanan pulang untuk balik mengundi.

Sikap pengundi-pengundi yang masih mencari keuntungan semasa pilihan raya sangat berbahaya untuk masa depan orang Melayu.


Rencana ini juga disiarkan di ruangan Komen Editor Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 19 Jun 2023.  

 


 

Ini menjadikan parti yang benar-benar memperjuangkan nasib Melayu dan dominan Melayu seperti PN berada dalam situasi yang tidak mudah untuk berlawan dengan parti-parti Melayu yang telah bersekongkol dengan DAP dalam memastikan politik Melayu didaulatkan.

Pengundi-pengundi Melayu sepatutnya faham dalam suasana genting ini bahawa kuasa politik orang Melayu mungkin akan hilang sekiranya mereka sengaja tidak pulang untuk mengundi semata-mata kerana tidak mendapat bayaran kos perjalanan pulang.

Parti seperti PAS dan Bersatu dalam PN bukanlah parti yang mempunyai sumber kewangan yang banyak yang mampu untuk memberikan perbelanjaan perjalanan pulang kepada para pengundi lebih-lebih lagi kami pembangkang.

Yang lucunya ada pengundi yang sebelum ini mengundi ‘parti kaya’ itu dan mahu beralih kepada PN beranggapan bahawa sebenarnya semua parti sama dan ada menyediakan peruntukan wang perjalanan pulang untuk semua pengundi.

Namun kita bersyukur kerana pada PRU ke 15 yang lepas masih ramai orang Melayu yang tidak bersikap demikian dengan pulang mengundi walaupun tidak dibayar demi untuk mengundi PN. Kerana itu PN berjaya mencipta gelombang walau pun tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Sedarlah wahai orang-orang Melayu bahawa situasi politik kita pada masa ini sangat genting. Kita tidak boleh membiarkan undi kita dijadikan hamba tebusan dan barang yang boleh dijual beli. Jangan ulangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Sekiranya ini terus berlaku, maka nanti yang akan mendapat musibah adalah orang Melayu itu sendiri. Jangan kerana marah tidak diberi wang perjalanan pulang kita boikot tidak pulang mengundi. Akhirnya DAP terus berkuasa lagi kerana kebodohan kita.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH