Home Melaka

Rencana | Lepas PRU15 pengundi PH baru sedar ditipu sekali lagi

2135
SHARE

Oleh IBNU JANIE

SEMUA kita tahu bahawa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 pada tahun 2018 Pakatan Harapan (PH) telah memenangi pilihan raya itu dengan cara mempermainkan perasaan rakyat melalui janji dan manifesto yang menjanjikan bulan, bintang dan segala planet, namun akhirnya tidak dapat ditunaikan.

Malah pemimpin PH pada masa itu sendiri mengakui bahawa segala janji yang mereka lakukan Itu dirangka dalam keadaan mereka tidak menjangkakan bahawa mereka akan menang. Jadi mereka melakukan janji-janji yang bombastik untuk menarik perhatian rakyat.

Strategi ini sangat ampuh kepada parti pembangkang. Yang pertama sekiranya mereka masih kalah dalam pilihan raya, sedangkan mereka telah mempersembahkan satu manifesto yang baik dan menarik, maka mereka boleh menyalahkan rakyat apabila kerajaan yang dipilih oleh rakyat itu tidak dapat berjalan dengan baik.

Dengan cara itu mereka boleh berkata bahawa rakyat dan melakukan kesilapan kerana tidak memilih mereka. Mereka akan kata, ‘jika rakyat memilih mereka dalam pilihan raya yang telah berlangsung maka sudah pasti rakyat akan senang di bawah pentadbiran mereka. Jadi mereka akan membangkitkan rasa rugi dan menyesal kepada rakyat yang tidak memilih mereka.

Tetapi ‘malangnya’ dengan manifesto PH itu pada PRU-14, PH telah memenangi pilihan raya dan berjaya membentuk kerajaan. Kemudian, seperti yang dijangka, mereka gagal melaksanakan manifesto mereka.

Ada yang mengatakan bahawa tidak adil untuk mengatakan mereka gagal melaksanakan manifesto kerana mereka tidak diberi peluang untuk memerintah sehingga habis penggal. Namun hakikatnya sesetengah janji yang sepatutnya mereka laksanakan dalam tempoh 22 bulan itu pun banyak yang mereka tidak dapat laksanakan.

Dan pada PRU-15 baru-baru ini juga, PH menggunakan taktik yang sama juga dengan menjanjikan berbagai-bagai perkara. Malah Anwar sendiri tanpa segan silu mengulang janji untuk menurunkan harga minyak sekiranya berjaya menjadi Perdana Menteri. Malah pada kali ini Anwar turut menambah satu lagi jenis minyak untuk diturunkan harga iaitu minyak masak.

Simpati rakyat diraih dengan menzahirkan rasa kebersamaan atas kesusahan rakyat bawahan. Janji untuk menurunkan harga barang dan memulihkan ekonomi terus dimainkan. Isu kadar faedah yang tinggi, kejatuhan nilai Ringgit dan harga saham juga antara yang dimainkan.

Pada asalnya penulis menjangkakan bahawa pada PRU-15 baru-baru ini PH akan tewas di kawasan-kawasan majoriti Melayu dan hanya tinggal di kawasan-kawasan majoriti Cina sahaja memandangkan sentimen buruk 22 bulan pemerintahan PH agak tinggi.

Rencana ini disiarkan di ruangan Komen Editor, Harakah cetak bertarikh 5 Disember 2022

 

Mungkin juga naratif yang memaparkan Anwar kononnya sebagai pakar ekonomi ditambah dengan Rafizi yang merupakan pakar teori berjaya menggiurkan sesetengah rakyat sehingga mereka dianggap sebagai penyelamat.

Tetapi penulis sangat percaya bahawa faktor utama yang menyebabkan masih ada lagi orang yang mengundi PH adalah kerana janji mereka untuk membenamkan pemimpin Umno-BN yang mereka gelar sebagai penyamun.

Memang Perikatan Nasional agak nampak sedikit ‘sukar’ dalam isu ini memandangkan Perikatan Nasional pernah bersama-sama membentuk kerajaan dengan Umno-BN selepas ‘Langkah Sheraton’. Lalu mereka meratibkan kempen bahawa mengundi Perikatan Nasional bererti mengundi Umno-BN yang pada mata kasar rakyat nampak sedikit realistik.

 

Faktor kebencian rakyat terhadap apa yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN telah menyebabkan sesetengah rakyat lebih percaya bahawa PHlah yang benar-benar menentang rasuah dan isu integriti. Akhirnya mereka masih berjaya mendapat banyak kerusi walaupun susut banyak berbanding PRU14, tetapi tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Dan hanya dua hari selepas berakhir PRU-15 tembelang mereka terbongkar dengan apabila dengan tiba-tiba mereka mengisytiharkan kerjasama dengan Umno-BN untuk membentuk kerajaan sebelum Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan titah pembentukan ‘Kerajaan Perpaduan’ lagi.

Ini adalah suatu yang bertentangan dengan kempen mereka selama lebih kurang dua minggu dalam PRU-15 yang ‘kaw-kaw’ menghentam Umno-BN sebagai penyamun.

Jadi di sini kita faham bahawa mereka pada kali ini menggunakan tektik yang sama yang mereka lakukan pada PRU-14 untuk mendapatkan undi daripada rakyat iaitu ‘kencing’ saja dahulu, yang penting rakyat percaya dan beri undi. Apa jadi kemudian itu hal lain.

Hanya dua hari selepas mengundi, penyokong-penyokong PH sedar mereka telah dikencing dengan begitu hancing sekali.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat-Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH