Home Melaka

Rencana | Kerajaan ‘bertarung’ pertahan Ringgit

156
SHARE

Oleh IBNU JANIE

PADA Rabu minggu lepas Ringgit pertama kali mencecah RM4.7050/7095 bagi satu Dollar Amerika Syarikat (USD) menjadikannya kadar terburuk semenjak negara berada di bawah dua pakar ekonomi iaitu Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi pada November 2022.

Namun apabila dibuka semula pada Jumaat (Khamis cuti Maulidurrasul) Ringgit naik semula untuk ditutup pada RM4.6930/6970.

Tetapi pada Isnin, nilai ini jatuh semula kepada RM4.7150/7195. Pada waktu rencana ini ditulis pada Selasa, Ringgit terus merudum untuk dibuka pada kadar RM4.7220/7270 pada sebelah pagi.

Sudah lebih sebulan nilai Ringgit berlegar pada nilai melebihi RM4.65 bagi setiap 1USD. Kita boleh melihat betapa nilai Ringgit sedang bergelut dengan USD yang hampir melemaskan Ringgit.

Semenjak Anwar mengambil alih negara Ringgit pernah berada pada paras tertinggi RM4.2432 bagi setiap 1USD sementara pada pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah RM4.022 dan Ismail Sabri Yaakob pula RM4.134 bagi setiap 1USD.

Kadar terburuk pernah dicatat pada zaman Tan Sri Muhyiddin ialah RM4.355 sementara zaman Ismail Sabri pula ialah RM4.738. Nilai RM4.738 ini juga adalah kadar terburuk dalam sejarah semenjak merdeka.

Sekiranya pada pemerintahan Anwar Ringgit jatuh melebihi RM4.738, maka akan tercatat dalam sejarah Ringgit jatuh terburuk semasa pemerintahannya. Ini yang Anwar takut sangat.

Naik atau jatuh nilai Ringgit mempunyai banyak faktor. Namun semua faktor ini akan berakhir dengan faktor paling asas iaitu menjurus kepada permintaan dan penawaran Ringgit berbanding matawang asing terutama USD.

Matawang USD pula penting kerana majoriti negara yang berurusniaga secara antarabangsa akan menggunakan USD sebagai matawang pembayaran. Ini adalah kerana nilainya yang stabil.

Sebagai contoh apabila kita banyak mengimport iaitu membeli kepada negara luar maka kita akan terpaksa membeli USD. Semakin banyak kita mahu membeli USD untuk menampung import, semakin tinggi USD akan naik atas faktor lebihan permintaan.

Untuk mengelakkan US menaikkan harga apabila kita mahu membeli USD maka kita perlu membeli USD dalam kuantiti yang besar terutamanya semasa nilainya rendah dan simpan di Bank Negara sebagai rizab tukaran asing.

Jadi setiap kali syarikat Malaysia mahukan USD dan menukarkannya pada Bank Negara maka Malaysia tidak perlu membeli dari pasaran luar. Dengan itu kita dapat mengelakkan US menaikkan nilai USD apabila kita terlalu kerap membeli.

Selain itu, jika kita lebih banyak mengeksport berbanding import, maka negara-negara luar akan membayar kita dengan USD. USD itu akan tersimpan di Bank Negara dan Bank Negara membayar kepada syarikat Malaysia dengan Ringgit.

Nilai Ringgit boleh dipertahankan secara natural sekiranya asas-asas ekonomi sesebuah negara itu kukuh. Antaranya ialah inflasi. Negara yang dapat mengawal inflasi pada kadar rendah mempunyai penampan dari kejatuhan matawang.

Kerajaan mendakwa bahawa Malaysia mempunyai kadar inflasi yang rendah dan melega setiap bulan, namun apa yang sebenarnya rakyat rasa pula tidak begitu. Yang rakyat rasa semakin hari harga barang semakin meningkat. Mungkin ini antara sebab yang menjadi punca Ringgit mudah jatuh.

Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua tahun 2023 yang diumumkan baru-baru ini juga sangat rendah iaitu pada kadar 2.9 peratus yang merupakan kadar sukuan terendah dalam tempoh 10 tahun!

Sekiranya Ringgit jatuh disebabkan oleh asas-asas ekonomi Malaysia yang tidak kukuh dan bermasalah, maka kerajaan melalui Bank Negara terpaksa mengeluarkan dana mempertahankan Ringgit di pasaran dan menaikkan semula nilainya dan menampannya dari jatuh.

Ini yang kita percaya apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan pada masa ini. Ini adalah kerana turun naik nilainya pada akhir-akhir ini menggambarkan seolah-olah wujud ‘pergelutan sengit’ di pasaran.

Namun, menggunakan strategi ini bukan mudah kerana kerajaan berdepan dengan spekulator-spekulator yang sentiasa tumpang sekaki mengambil kesempatan mengambil keuntungan daripada pergelutan ini.

Sebenarnya perkara ini tidak akan berlaku sekiranya kerajaan berjaya mewujudkan asas ekonomi yang mampan dan sukar ditembusi oleh mekanisme yang boleh menjadikan nilai Ringgit semakin menyusut.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka


Rencana ini juga disiarkan di ruangan Komen Editor Harakah cetak bertarikh 6-12 Oktober 2023.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH