Home Melaka

Rencana | Gagal nafikan PH tidak mengancam Islam

869
SHARE

Oleh IBNU JANIE

BARU-BARU ini Pakatan Harapan (PH) telah mengadakan satu himpunan yang dinamakan ‘Himpunan Harapan Melaka Bangkit’ yang turut dihadiri oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PH.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari dalam ucapannya menempelak isu yang diketengahkan oleh PAS dan senada dengan Umno bahawa PH mengancam Islam. Adly dalam ucapannya itu menjelaskan bahawa naratif itu tidak benar.

Namun Adly dalam ucapannya gagal menjelaskan atau membetulkan naratif tersebut yang dikatakan sebagai tidak benar. Beliau sebaliknya cuma mengatakan bahawa yang mengancam Islam sebenarnya adalah PAS dan Umno kerana parti-parti ini katanya melakukan pengkhianatan terhadap pentadbiran dan melakukan rasuah.

Penulis pun tidak faham bagaimana cara Adly berhujah? Sekiranya perbuatan rasuah dan pengkhianatan kepada pentadbiran seperti yang dituduh Adly kepada PAS dan Umno adalah satu ancaman kepada Islam, kenyataan ini tidak pula dalam masa yang sama ‘membebaskan’ PH daripada tuduhan menjadi ancaman kepada Islam.

Penulis tidak menafikan bahawa rasuah adalah sesuatu dosa yang besar dan tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli politik Islam. Malah PAS sendiri adalah sebuah parti yang terkenal dengan integriti yang tinggi dengan tidak ada ahli-ahli politik PAS yang mentadbir di negeri-negeri diperintah parti ini yang disiasat, didakwa atau didapati bersalah dengan kes rasuah.

Namun rasuah dan penyelewengan adalah satu hal lain dan ancaman kepada Islam pula adalah satu soal lain. Adly seolah-olah mahu menyatakan bahawa tuduhan perlakuan rasuah yang banyak berlaku pada pimpinan UMNO itu adalah lebih teruk daripada PH yang mengancam Islam.

Ia seolah-olah perbincangan yang mana lebih baik antara ‘orang yang menutup aurat tetapi tidak solat’ berbanding ‘orang yang solat tetapi tidak menutup aurat’. Hakikatnya tidak timbul soal yang mana lebih baik, tetapi kedua-duanya tidak baik. Menutup aurat adalah wajib dan solat juga adalah wajib.

Untuk merasionalkan bahawa perjuangan PH itu menepati ajaran Islam, Adli dalam ucapannya juga mengungkapkan kata kata Saidina Ali Karamallahuwajha tentang semangat Insaniah.

“Peganglah kata Saidina Ali. Ini asas perjuangan kita. Kerjasama kita di atas semangat ‘insaniah’ kita. Kata Saidina Ali kita semua ini adalah saudara-saudara sesama insan. Kita satukan masyarakat Malaysia ini atas nilai-nilai yang baik di kalangan kita,” kata Adly dalam ucapannya.

Adly Zahari

Orang beriman harus menentang rasuah kerana orang beriman sentiasa menentang dosa. Namun hanya dengan menentang rasuah pula tidak menjadikan seseorang itu Islamik dan beriman.

Semua perkara-perkara yang baik adalah elemen dalam agama Islam. Sebagai contoh menjaga kebersihan, menjaga silaturrahim, jujur, berintegriti dan dan lain-lain perkara yang baik adalah sesuatu yang dibawa oleh Islam. Namun sekadar dengan mengamal dan memperjuangkan perkara-perkara ini tidak menjadikan seseorang itu sudah Islam atau beriman.

Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 10-13 Oktober 2022

 

Katalah parti Republikan memperjuangkan antirasuah dan kebersihan. Kedua-dua ini adalah elemen baik yang diperjuangkan oleh Islam juga. Namun kita tidak boleh pula berkata parti Republikan adalah sebuah parti yang Islamik kerana memperjuangkan kedua-dua perkara ini.

Begitu juga halnya dengan PAN dan PH. Sekadar memperjuangkan kemanusiaan dan anti rasuah tidak melayakkan mereka untuk mengaku bahawa mereka adalah pejuang Islam yang sebenar. Sedangkan dalam masa yang sama mereka akur dan bersekongkol dengan parti yang menentang Islam seperti DAP.

Apa yang nak dinafikan bahawa PH-DAP adalah ancaman kepada Islam? Kita tidak akan lupa bagaimana Pengerusi DAP, Karpal Singh yang pernah mengatakan ‘langkah mayatnya dahulu’ sebelum melaksanakan negara Islam.

Malah runtuhnya Pakatan Rakyat (PR) dahulu yang dibina bersama antara PAS, PKR dan DAP juga kerana sikap DAP yang menentang perjuangan negara Islam yang dibawa oleh PAS.

Kecenderungan PH mempertahankan isu-isu LGBT, pesta arak Oktoberfest dan kenyataan beberapa orang Ahli Parlimen DAP supaya murtad dalam kalangan orang Islam harus dibenarkan, tidak cukupkah menunjukkan ancaman DAP terhadap Islam?

Hakikatnya, dalam soal rasuah pula, PH hanya ‘sembang’ apabila baru-baru ini pendedahan daripada ‘Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia’ (SPRM) bahawa kes rasuah semakin berleluasa di Pulau Pinang dan Selangor yang diperintah oleh PH. Di mana perjuangan menentang rasuahnya?

Penulis adalah Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH