Home Melaka

Rencana | Bekas PM, pejuang anti rasuah yang tidak didendang

343
SHARE

Oleh IBNU JANIE

SEMASA Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kekal bersalah di atas tuduhan rasuahnya, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada membuat kenyataan di media sosialnya bahawa apa yang berlaku itu adalah perjuangan yang telah dilakukannya dahulu semasa di dalam Umno.

“Alhamdulillah, perjuangan saya dan rakyat Malaysia menentang rasuah akhirnya terjawab di Mahkamah Persekutuan hari ini,” katanya yang turut mengakui sistem kehakiman negara kini bebas dan peristiwa ini mengembalikan maruah negara yang tercalar sebelum ini.

Namun jika kita meneliti komen-komen di media sosial dan juga ulasan yang dibuat oleh para pemimpin Pakatan Harapan (PH) pada ketika itu, kebanyakkannya menyindir Muhyiddin seolah-olah beliau hanya sekadar mengambil kredit daripada apa yang telah berlaku.

Mungkin juga mereka berkata begitu kerana Muhyiddin telah membentuk kerajaan bersama-sama dengan Umno yang mana para pemimpin Umno ini banyak terlibat dengan kes rasuah. Kerana itu apabila Muhyiddin mengalu-alukan keputusan mahkamah pada masa itu beliau telah dipersendakan.

Namun kita harus ingat PAS dan BERSATU bekerjasama dengan Umno membentuk kerajaan tidak bermakna kami melindungi antara satu sama lain dalam soal integriti. Sekiranya berlaku apa-apa kejadian rasuah atau pecah amanah ia tetap diambil tindakan. Tidak sama dengan apa yang berlaku semasa BN dan Umno memerintah secara total dahulu.

Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak Edisi Jumaat bertarikh 21-23 Oktober 2022

 

Urusan pendakwaan dan perbicaraan berlaku semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri walaupun Umno menjadi rakan kongsi kepada kerajaan.

Malah kerana ketegasan Muhyiddin di dalam soal kebebasan kehakiman telah menyebabkan kerajaan campuran yang ditubuhkan pada tahun 2020 pimpinannya itu goncang, malah runtuh sehingga beliau hilang jawatan Perdana Menteri kepada Umno pada Ogos 2021.

Baru-baru ini tular satu video ucapan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang bercakap tentang Muhyiddin. Dalam video tersebut Rafizi menyatakan bahawa walaupun ahli-ahli PKR merasakan bahawa mereka adalah peneraju kepada isu melawan rasuah hakikatnya rakyat tidak melihat begitu.

Tambah Rafizi lagi hakikat nya rakyat melihat bahawa yang paling tegar dan peneraju kepada usaha menentang rasuah ialah Muhyiddin dan partinya BERSATU. Kerana itulah, menurut Rafizi, Perikatan Nasional berada di kedudukan kedua sedangkan Pakatan Harapan berada di kedudukan ketiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Hakikatnya memanglah Muhyiddin adalah watak utama di sebalik usaha untuk mendakwa Datuk Seri Najib atas tuduhan penyelewengan 1MDB yang berlaku ke atas dirinya. Namun kerana ketamakan PH untuk membolot sanjungan dan pujian, PH telah mengambil kredit daripada peristiwa itu. Dan ini adalah sesuatu yang memalukan.

Tidak kiralah sekalipun PH mempunyai sejarah hitam dengan Muhyiddin namun dalam soal fakta mereka tidak sepatutnya cuba menyembunyikan kebenaran yang sudah pasti tercatat di dalam sejarah yang terakam di internet yang sukar dipadamkan, lagi mudah diakses.

Paling tidak pun biarlah kejayaan itu mereka kongsi bersama, tidak menjadi masalah. Memang benar PH juga memperjuangkan pendakwaan terhadap Najib. Dan Muhyiddin juga begitu telah berjuang di dalam BERSATU bersama-sama dengan PH untuk mendakwa Najib.

Adalah sesuatu yang memalukan sekiranya PH cuba menutup fakta sejarah jasa-jasa Muhyiddin dalam isu ini. Apa salahnya kejayaan itu dikongsi bersama?

Dengan menutup fakta bahawa Muhyiddin berjasa sehingga berjaya menyumbat Datuk Seri Najib ke penjara PH dilihat dilihat seperti cuba membolot watak hero dalam isu ini dan melupakan hero yang sebenar.

Muhyiddin pernah berkorban dan hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2015 kerana memperjuangkan isu ini. Dan pada Jun 2016 beliau telah dipecat daripada Umno. Bukan sebarang orang berani melakukan perkara ini, kehilangan jawatan dan kedudukan di saat BN berkuasa penuh dan dikatakan kebal dan tidak akan tumbang.

PH juga ‘claim’ kredit kononnya disebabkan kejayaan pembentukan kerajaan mereka selepas memenangi PRU-14 menjatuhkan BN maka kes ini berjaya dibawa ke muka pengadilan Najib dijatuhkan hukuman.

Mereka buat-buat lupa bahawa peranan Muhyiddin dan parti yang BERSATU pada masa itu antara faktor utama yang membantu kemenangan PH. Jadi janganlah dilupakan jasa Muhyiddin di dalam hal ini.

Penulis adalah Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH