Home Melaka

Rencana | 100 hari PH-BN terkial-kial mengekal kuasa

282
SHARE

Oleh IBNU JANIE

PAKATAN Harapan (PH) bukanlah parti gabungan yang mendapat majoriti mudah dalam membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang lepas.

Mereka terpaksa bekerjasama dengan parti yang dahulunya mereka tuduh sebagai ‘penyamun’ demi untuk membolehkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Menyedari kedudukan PH yang umpama telur di hujung tanduk, Anwar memang benar-benar terdesak untuk memastikan bahawa kedudukannya benar-benar selamat dan tidak tergugat. Dan ia bukan satu kerja mudah.



 

Menghampiri 100 hari pembentukan kerajaan PH-BN, parti-parti gabungan yang bersama membentuk kerajaan selepas PRU15 yang lepas telah mengadakan satu pertemuan khusus untuk mengikat dan menyelaraskan pentadbiran semua parti ini untuk memastikan ia kekal yang dipanggil Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Lebih menarik lagi mesyuarat sekretariat ini diadakan di Ibu Pejabat Umno, Menara Dato’ Onn, iaitu bangunan milik Umno yang telah ditinggalkan Anwar 25 tahun dahulu.

Tambah menarik lagi, ini kali pertama pemimpin DAP yang dahulu menjadi musuh ketat dunia akhirat Umno, turut hadir bermesyuarat di dalam bangunan parti keramat ini.

Selain itu, dengan mengeratkan ikatan antara PH dan BN ini sudah pastilah menjadi satu bukti bahawa mereka bukanlah bergabung kerana terpaksa seperti yang mereka ratibkan di awal penubuhan kerajaan dahulu.

Hakikatnya ia adalah hubungan sukarela dan penuh perasaan kasih sayang dan keikhlasan. Dan pertembungan mereka pada PRU15 lepas hanya lakonan untuk mendapat undi penyokong masing-masing semata-mata.

Peristiwa penubuhan Sekratariat Kerajaan Perpaduan Malaysia ini sangat bersejarah. Ia bagi mengatasi kebimbangan Anwar dan PH terhadap jangka hayat nyawa kerajaan ini.

Memanglah Anwar harus bimbang. Peristiwa Langkah Sheraton yang meruntuhkan kerajaan PH pada awal tahun 2020 menjadi satu igauan ngeri Anwar. Pada hal pada masa itu PH adalah parti gabungan tunggal yang menjadi kerajaan.

Jadi situasi pada masa ini sudah tentu lebih menakutkan dan lebih rapuh lagi. Malah pada masa ini ramai penganalisis politik berpandangan bahawa kerajaan PH-BN kemungkinan besar hayatnya lebih pendek daripada kerajaan PH selepas PRU14 lepas.

Dan seperti yang kita tahu bahawa kerajaan yang ada hari ini dibentuk daripada PH – 82 kerusi, BN-30, GPS-23, GRS-6, Warisan-3, PBM-1, KDM-1 dan bebas-2.

Lebih teruk lagi daripada 30 Ahli Parlimen BN bukan semua ‘solid’ pun menyokong pembentukan kerajaan PH-BN ini. Sementara GPS pula bebas berubah arah kepada sesiapa pun yang menjadi kerajaan.

Dikatakan sekitar 10 daripada MP BN ini sebenarnya cenderung untuk bersama dengan PN. Tanpa 10 orang ini kerajaan PH-BN tidak akan boleh terbentuk. Cuma usaha mereka untuk menyerahkan SD sejurus usai PRU15 dahulu sempat dipintas Zahid. Dan mereka menarik balik SD atas alasan prosedur.

Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 13 Februari 2023

 

Jadi, sudahlah PH hanya boleh membentuk kerajaan dengan sokongan BN. Tetapi BN pula tidak solid kesemua Ahli Parlimen menyokong kerjasama dengan PH. Begitulah rapuhnya kerajaan mereka.

Umno juga terkial-kial untuk mengekalkan sokongan mereka ini kepada Anwar dan PH. Sokongan ini tidak mungkin kekal sekiranya bukan Zahid yang menjadi Presiden Umno.

Zahid dan Umno juga telah melakukan ‘move’ pada penghujung Januari lepas dengan mengambil tindakan menggantung atau memecat keahlian pemimpin-pemimpin mereka yang dilihat cenderung kepada PN atau yang dilihat mengancam kedudukan mereka.

Ini bagi mengelakkan mereka daripada memasuki pemilihan Umno yang dijangka bakal berlaku dalam tahun ini. Jika tidak, Zahid menghadapi kemungkinan yang sangat besar untuk ditentang oleh pemimpin-pemimpin Umno yang lain.



Selain dianggap liabiliti, Zahid juga sebenarnya menghadapi protes senyap daripada akar umbi yang sangat tidak bersetuju dengan tindakannya bersekutu dengan PH-DAP dan Anwar. Jika Zahid digantikan dengan presiden baharu yang pro-PN bermakna kerajaan PH-BN akan bergelar almarhum.

Kerana itu kita dapat melihat bahawa tidak banyak perkara yang dapat kerajaan PH-BN lakukan sebagai kerajaan dalam membantu rakyat yang sedang tertekan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa ini.

Ini memandangkan kerajaan PH-BN terpaksa menggunakan banyak masa mereka untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan melemahkan musuh untuk memastikan kuasa yang mereka ada kekal.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH