Home Melaka

Rencana | 100 hari PH-BN : Menu Rahmah bebankan peniaga?

174
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MENU Rahmah, satu inisiatif kerajaan yang kosnya tidak ditanggung kerajaan. Kerajaan hanya menetapkan apa hidangan yang perlu ada dalam menu tersebut dan mestilah dijual dengan harga RM5 atau kurang.

Kosnya ditanggung oleh pengusaha-pengusaha kedai makan sendiri tidak kira berapa pun harga bahan mentah semasa. Menu ini diperkenalkan saat mereka sebenarnya tertekan dengan kenaikan kos bahan mentah menyebabkan ramai peniaga mengeluh.

Mereka tersepit kerana terpaksa menyokong hasrat kerajaan yang memperkenalkan perkara ini. Jika tidak sokong, bimbang nanti dilihat menyokong pembangkang pula. Sementelah lagi kerajaan PH-BN sedang bertindak agresif kepada mereka yang dilihat cenderung pembangkang.

Strategi ini yang terus pergi kepada peniaga makanan siap masak sebagai pengeluar akhir merupakan satu tindakan yang tidak wajar. Sedangkan mereka berdepan dengan dua peringkat dalam saluran pengedaran iaitu pengeluar (samada pekilang, peladang atau penternak) dan peringkat kedua ialah pemborong.

Kerajaan sepatutnya mendesak agar pengeluar dan pemborong menjual barangan mentah pada harga Rahmah.
Rakyat mahukan harga bahan mentah yang rendah agar mereka dapat menikmati kos sara hidup yang rendah dalam erti kata yang sebenarnya.

Bukan hanya dapat menikmati makanan dengan harga rendah hanya jika membeli makanan siap masak di restoren-restoren tertentu sahaja. Sedangkan golongan B40 sinonim dengan memasak sendiri di rumah untuk menjimatkan belanja.

Perihal inisiatif ini yang kosnya tidak ditanggung oleh kerajaan kerap diulang oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Dengan penuh bangga seolah-olah beliau sudah cukup bijak memperkenalkan suatu inisiatif yang tidak menggunakan wang pembayar cukai.

Namun hakikatnya kerajaan dilihat cuba mendapat kredit mudah memperkenalkan menu ini agar dilihat berjaya mengurangkan kos sara hidup rakyat tetapi yang teruk menanggung adalah peniaga-peniaga makanan terutamanya Melayu.

Ini bagaikan babak dalam filem Tiga Abdul apabila Abdul Wahub yang ‘membayar zakat’ dengan harta Ismet Ulam Raja, bukan dengan hartanya sendiri.

Jumlah sebenar restoren yang menyertai program ini juga menimbulkan tanda tanya
Pada 31 Januari dalam satu laporan media Menteri KPDN itu dengan bangga mengumumkan sebanyak 15 ribu restoren di seluruh negara terlibat dalam menyediakan Menu Rahmah.

Namun pada 17 Februari timbalannya, Fuziah Salleh pula berkata, langkah kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah sejak awal bulan Februari sudah menarik penyertaan 512 premis seluruh negara. Eh, macam mana semakin berkurang daripada 15 ribu kepada 512 restoren? Sepatutnya makin bertambahlah.


Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak Edisi Jumaat bertarikh 10 Mac 2023

 

Ada juga peniaga yang bertanya adakah Menu Rahmah ini hanya untuk makanan halal di restoren milik orang Islam sahajakah? Secara logiknya memanglah pelik jika sebuah restoren menjual nasi berlauk khinzir menamakan menu mereka dengan Menu Rahmah juga.

Sekiranya benar restoren-restoren milik bukan Islam ini tidak terlibat dengan konsep Menu Rahmah ini maka mereka agak bebas dan tidak tersepit berbanding peniaga-peniaga Melayu. Jika itu yang berlaku maka yang teruk menanggungnya peniaga Melayu juga.

Akhir-akhir ini orang sedang bercakap tentang manipulasi terhadap Menu Rahmah ini. Antaranya ialah ia digunakan oleh pasar raya-pasar raya besar sebagai satu promosi untuk menarik pelanggan datang dengan membiarkan rugi pada jualan Menu Rahmah tetapi mendapat untung pada produk lain yang dijual.

Ini berbeza dengan kedai makan atau restoren yang memang menjual makanan sebagai produk jualan sebenar mereka, bukan sekadar tarikan.

Ada yang menetapkan set Menu Rahmah di kedai-kedai mereka pada bilangan-bilangan tertentu atas prinsip ‘selagi stok masih ada’. Persoalannya siapa yang mengaudit samada mereka benar-benar membekalkan menu itu pada kuantiti yang mereka sendiri tetapkan?

Akhir nanti ia akan menjadi strategi sesetengah peniaga yang mempamerkan sesuatu produk pada harga sangat murah untuk menarik orang berhenti, tetapi bila ditanya mereka kata yang murah itu sudah habis. Lalu pembeli yang sudah kebetulan berhenti terpaksa juga membeli produk lain yang lebih mahal.

Rakyat marhaen tidak sepatutnya terpaksa berjuang untuk memastikan mereka dapat menikmati Menu Rahmah yang belum tentu berjaya dibeli. Sepatutnya kerajaan fokus kepada menurunkan kos bahan mentah agar nikmatnya benar-benar dapat dirasai oleh semua golongan B40.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH