TEMERLOH : Jabatan Amal Temerloh merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos pembelian peralatan komunikasi, peralatan medik atau bantu mula, penyelamat pasukan itu dalam misi bantuan dan menyelamat terutamanya dalam menghadapi musim tengkujuh yang akan tiba.
Menurut Komandan Jabatan Amal Temerloh, Syukri Othman, Jabatan itu telah membeli sebahagian peralatan medik atau bantu mula namun masih lagi memerlukan perbelanjaan bagi menampung kos peralatan lain terutamanya peralatan komunikasi. Peralatan-peralatan ini sangat penting dalam misi menyelamat terutamanya peralatan komunikasi kerana ianya umpama nyawa di masa keadaan bencana dan darurat. Menurut Syukri lagi, peralatan-peralatan ini akan menjadi aset kekal disamping akan menjana kekuatan pergerakan pasukan ini. Jabatan Amal Temerloh juga merancang untuk memiliki ambulans dan kenderaan sendiri seiring dengan keperluan semasa.
Jabatan Amal Temerloh yang telah berpengalaman terlibat dalam beberapa misi bantuan dan menyelamat seperti Operasi Banjir dan menyelamat, juga terlibat dalam beberapa program mega parti seperti Muktamar PAS Pusat, Himpunan RUU355 dan lain-lain lg. Malah, dalam himpunan Fastaqim 2.0 baru-baru ini, Amal Temerloh telah diberi kepercayaan untuk bersama dengan Kor Medik Jabatan Amal Pusat. Malah beberapa anggota Amal Temerloh telah dipilih untuk mengetuai beberapa kumpulan yang dipecahkan mengikut ‘Medical Base’ yg ditetapkan.
Jabatan Amal Temerloh yang memiliki kekuatan seramai hampir 100 orang anggota terlatih, kadet dan briged telah menyusun beberapa program khusus bagi memantapkan lagi kemahiran menyelamat anggota dan membentuk persefahaman di kalangan anggotan. Menurut Syukri, program terdekat adalah Latihan Pengendalian bot dan Perkemahan Briged Amal peringkat negeri yang diadakan dalam masa yang terdekat.
Orang ramai yang ingin menyumbang bolehlah menyumbang ke akaun ( Maybank Jabatan Amal Temerloh-55 6057 5060 88) atau hubungi terus talian 017-9673007 atau 019-9958114 (Komandan Amal Temerloh)