Home Artikel PAS Pahang

Raudhah 3.0: PAS DUN Tioman santuni golongan kurang berkemampuan

430
SHARE

“Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul” begitulah terzahir di wajah golongan ini apabila menerima kedatangan PAS DUN Tioman beserta PAS Cawangan Kuala Pontian yang diketuai oleh Abdul Shahril Arof di dalam Program Raudhah yang dianjurkan bagi menziarahi dan menghulurkan sumbangan berbentuk keperluan harian kepada golongan ini.

Program yang menyasarkan penduduk di 11 Cawangan di dalam DUN Tioman, Kawasan Rompin di mana ia dianjurkan oleh PAS Kawasan Rompin sebanyak tiga kali dalam masa setahun.

Turut serta Ketua HALWA DUN Tioman Puan Puzi Ahmad yang menzahirkan kehibaan hatinya tatkala mendatangi rumah-rumah yang dikunjungi. turun melihat sendiri keadaan rumah dan kehidupan golongan ini dalam menghadapi cabaran hidup sehari-hari.

“Melihat keadaan mereka seperti ini saya berharap agar program Raudhah seperti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap dan menyeru kepada semua masyarakat di luar sana dapat menghulurkan sumbangan atau keperluan hidup kepada golongan ini” kata beliau ketika ditemubual.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan atau keperluan harian boleh terus melalui HALWA PAS DUN Tioman (hubungi Puan Puzi Ahmad di Talian 012 650 9545) atau akaun Maybank bernombor 5560 3900 4080.

Penulis: Khairul Nizam Mi