Home Artikel PAS Perak

Rasulullah contoh terbaik umat manusia

695
SHARE

๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—น๐˜‚๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฐ๐—ผ๐—ป๐˜๐—ผ๐—ต ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ฎ

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1442 H. Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita beroleh syafaat daripada Baginda di Padang Mahsyar kelak.

Walaupun baginda Rasulullah SAW telah wafat lebih 1,400 tahun lalu, tetapi ajaran Al-Quran dan As-sunnah kekal untuk umat manusia sehingga hari ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara dan memperjuangkan Islam sebagaimana yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW. Selepas Baginda diangkat menjadi Rasul, martabat wanita telah diletakkan di tempat yang mulia berbanding daripada zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW. Sirah telah membuktikan seorang wanita boleh sama-sama mendokong perjuangan amar makruf nahi mungkar sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi kita.

Diutuskan Nabi Muhammad SAW adalah sebagai menyempurnakan kebaikan akhlak sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah Hadis yang sahih daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุจูุนูุซู’ุชู ู„ูุฃูุชูŽู…ู‘ูู…ูŽ ุตูŽุงู„ูุญูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุฎู’ู„ูŽุงู‚

[Riwayat Ahmad (8952)]

Marilah sama-sama kita mencontohi akhlak-akhlak terpuji Rasulullah SAW .Baginda adalah seorang yang bersifat amanah,berkata benar,bijaksana dan sentiasa menyampaikan ilmu.

Dunia hari ini menuntut kita untuk terus memperjuangkan Islam di medan mana pun kita berada. Di kesempatan ini, saya mengajak semua umat Islam untuk terus mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian termasuklah membudayakan sunnah Rasulullah SAW baik di dalam urusan peribadi, kekeluargaan, kemasyarakatan dan urusan pentadbiran negara.

Diharapkan agar sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dapat menjadi medan buat umat Islam untuk menghayati perjuangan Baginda seterusnya menyambung tugas bagi menyebarluaskan lagi ajaran Islam untuk semua.

#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan

Dr Najihatussalehah binti Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak.
29hb Oktober 2020 | 12 RabiulAwal 1442H.