Home Artikel PAS Pahang

Jabatan Amal terus berkhidmat

252
SHARE

KHIDMAT SIVIL : OPERASI PEMOTONGAN POKOK TUMBANG KERANA HUJAN LEBAT DAN ANGIN RIBUT.

28 OKTOBER 2020 : Bertindak dari aduan orang awam, satu pasukan digerakkan untuk membantu agensi terbabit iaitu TNB dan APM. Hujan lebat dan angin ribut yang melanda Daerah Kuantan menyebabkan berlaku pokok tumbang di sesetengah tempat.

Anggota JAMNP pasukan Tango Victor bergerak ke lokasi di Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing dan Sungai Isap, Kuantan dalam operasi terbabit. Walau masih hujan lebat namun semangat anggota yang kental tetap meneruskan tanggungjawap.

Operasi Bermula lewat petang dan tamat lewat Malam. Bantuan yang diberi memudahkan Semua pihak terlibat dalam memudahkan terutama pengguna jalan raya. Pasukan ini yang bersiap sedia 24 jam di Pejabat Operasi Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang, Taman Guru, Kuantan.

Tuan/Puan Boleh salurkan sumbangan Tuan Puan ke acct bank Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang.
06019010070049 BANK ISLAM

High Alert Covid 19 : Sentiasa memakai penutup mulut, Membasuh Tangan dan penjarakkan sosial.

‘Kami Sayang Jabatan Amal’

Sekian.