Miri, 19 Julai 2017: Ramah Tamah Aidilfitri PAS Kawasan Miri telah berlangsung dengan meriahnya Ahad lepas di PASTI Ar-Rahman Taman Tunku Miri dengan kehadiran kira-kira 200 orang tetamu.
Majlis yang diadakan secara sederhana ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat berbilang bangsa sekitar Kawasan Miri.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua (YDP) PAS Miri, Hj Jofri Bin Jaraiee.
“Kita seharusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran atas nikmat kesejahteraan yang kita kecapi sehingga kini” ujar beliau dalam ucapannya semalam.
Beliau turut menceriakan kanak-kanak yang hadir dengan menyerahkan sumbangan duit raya.
Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah untuk tetamu yang hadir sebagai tanda penghargaan buat mereka semua.
Kehadiran tetamu yang tidak putus-putus dari pelbagai latar belakang sejak pagi lagi membuktikan bahawa PAS kian diterima oleh masyarakat setempat di Miri khususnya dah seluruh negeri Sarawak umumnya.
{jathumbnail off}