Home Tazkirah Ramadhan

Ramadhan: Kita Tahu kan .. 04 Sedekah & Tadarrus

1261
SHARE

Ramadhan: Kita Tahu kan .. 04

SEDEKAH & TADARRUS

Oleh : Nasrudin bin Hassan


Az Zuhri dan lainnya telah berkata, dari Ubaidillah bin Abdullah dari Ibnu Abbas Rha katanya :

Rasulullah saw adalah seorang yang paling pemurah dari kalangan manusia. Ia lebih pemurah di bulan Ramadhan. Ketika Jibril bertemu dengannya setiap malam di bulan Ramadhan, Baginda saw bertadarrus al Quran dengannya. Rasulullah saw paling lembut (mudah melakukan kebaikan) berbanding angin yang berhembus- Riwayat Imam Al Bukhari.

Wahai Pejuang … inilah keperibadian Rasulullah saw yang perlu kita contohi. Hiasi diri kita sebagai pejuang Islam dengan sikap suka bersedekah dan mempelajari Al Quran serta mengajarkannya kepada pihak lain. Tentu sahaja Ramadhan adalah kesempatan terbaik untuk kita gandakan sedekah dan tadarrus al Quran. Sedekah menyuburkan rezeki kita dan membaca Al Quran menenangkan jiwa kita.

Siiru A’la BarakatilLah

{jathumbnail off}