Home Artikel PAS Selangor

Ramadhan Buka Ruang Dakwah Kasih Ameerah

52 views
SHARE

Semenyih, 22 Mei – Berbekalkan juadah berbuka puasa dan helaian risalah doa-doa di hari Nuzul Quran, Ameerah Hulu Langat menebar dakwah dan kasih sayang melalui aktiviti ziarah di Taman Jenaris pagi tadi.

Dalam ziarah dakwah yang melibatkan 20 rumah di sekitar Jalan 3B dan 4A Taman Jenaris, rombongan Ameerah Hulu Langat berjaya mendekati beberapa orang wanita muda sambil menyampaikan mesej-mesej kebaikan dan menyampaikan pek ringkas untuk berbuka.

Di samping menziarahi di rumah, sentuhan dakwah juga disampaikan kepada masyarakat yang ditemui sekitar kawasan perumahan itu.

“Semoga mereka akan bersama-sama dengan Ameerah Hulu Langat dalam mendepani cabaran dan menyampaikan mesej dakwah serta membudayakan politik Islam khususnya di Hulu Langat,” kata Puan Rozalina, Ketua Ameerah Hulu Langat meluahkan harapannya.

AMEERAH atau dikenali sebagai muslimat muda PAS merupakan salah satu lajnah dalam Dewan Muslimat PAS dengan visi untuk memimpin wanita muda membudayakan politik Islam.

Oleh A Ali

#muslimatmuda