Home Artikel PAS Selangor

Muslimat Hulu Langat Imarah Ramadhan Dengan Ziarah

51 views
SHARE

Dusun Tua, 22 Mei – Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat (DMPKHL) mengimarahkan Ramadhan dengan Ziarah Mesra Prihatin di sekitar Dusun Tua.

Penghuni 17 buah rumah berjaya disantuni, terdiri daripada orang kurang berkemampuan, ibu tunggal dan penghidap autism. Ziarah dan sumbangan kecil DMPKHL disambut penuh ceria dan rata-rata mengucapkan syukur kepada Allah atas kehadiran dan sumbangan yang diterima.

“Walaupun lelah mengukur jalan bagi menyampaikan sumbangan kecil ini, namun melihat kegembiraan mereka mencairkan hati kami. Mendengarkan kesusahan mereka, menginsafkan kami. Sungguh benar firman Allah swt, nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan, bersyukur kami dengan nikmat yang Allah beri”, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarkatan DMPKHL, Puan Norzanalila Mohd Fadzil berkongsi rasa.

Ketua Muslimat PAS Hulu Langat Puan Hajah Zaiton Ahmad turut menyertai misi ziarah ini. Ziarah Mesra Prihatin adalah inisiatif DMPHKL yang diadakan secara rutin sepanjang tahun untuk meringankan bebanan mereka yang memerlukan.

Oleh A Ali