[Ramadan ; Bulan Penuh Kerahmatan]
Ramadan bulan keampunan, bulan penuh kerahmatan oleh Allah buat seluruh muslimin muslimat. Ayuhlah rebut peluang beramal soleh sepanjang bulan Ramadan yang bakal kunjung tiba ini.
Ameerah Tambun mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua umat Islam khususnya di Malaysia ini. Raikanlah sebaiknya Ramadan kali ini dengan melipatgandakan amal kebaikan dan amalan-amalan sunat.
Tidak dilupakan juga, semoga Allah kurniakan ketabahan dan kekuatan yang berterusan buat petugas-petugas barisan hadapan negara yang bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab untuk menangani wabak COVID-19, khususnya di bulan Ramadan ini.
Patuhilah arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Mainkan peranan masing-masing untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sebaiknya. Sesungguhnya setiap daripada kita bertanggungjawab untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19 ini. Stay At Home!
Buat seluruh muslimin muslimat, manfaatkanlah peluang yang ada bersama keluarga ini dengan amalan beribadah secara berjemaah. Hidup dan suburkan bulan Ramadan yang mulia ini, agar Ramadan tahun ini menjadi Ramadan terbaik buat kita semua. Berdoalah agar amalan kita diterima oleh Allah.
“Make du’a. It’s Ramadan, the month of FORGIVENESS“
Ikhlas daripada,
Ameerah Kawasan Tambun