Home Berita PAS Perak

Rakyat Selesa Bertemu Wakil Rakyat PAS

501
SHARE

Rakyat Selesa Bertemu Wakil Rakyat PAS


BAGAN SERAI : Kedatangan bulan Ramadhan semakin dirasai oleh seluruh umat Islam kerana ganjaran serta pengisian madrasah Ramadhan dinantikan sentiasa.

Peluang yang masih berbaki sebelum menjelang Ramadhan dimanfaatkan PAS Kawasan Bagan Serai untuk bertemu pengunjung pasar disamping mengedarkan kurma dan taqwim berbuka puasa.

Adun Gunong Semanggol; YB Ustaz Zawawi Abu Hasan, Adun Selingsing; YB Husin Din bersama Ketua Muslimat PAS Bagan Serai serta AJK PAS Kawasan meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung., 22 Mei lalu.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Bagan Serai disenangi oleh masyarakat tempatan bahkan mereka tidak kekok bertegur sapa dan berkongsi pandangan demi kebaikan rakyat.

Kesederhanaan yang dipamerkan membuktikan bahawa wakil rakyat PAS mampu menjadi tauladan terbaik kepada rakyat.

Sekitar 100 kotak kurma dan taqwim telah diedarkan kepada pengunjung dan berpeluang mendengar keluhan rakyat tentang pelbagai isu yang berlaku.

{jathumbnail off}