Home Berita PAS Perak

Rakyat Perak Disaran Rebut Peluang Pekerjaan | Info Negeri Perak

479
SHARE
Image may contain: 1 person, beard and text
IPOH, 16 Oktober 2020 – Sebanyak 2,247 jawatan kosong telah diterima oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) bermula Jun sehingga September 2020 yang meliputi sektor pembuatan, automotif, perkhidmatan dan lain-lain sektor.
Namun, jelas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil YB Razman Zakaria, daripada jumlah keseluruhan 1,664 pencari kerja yang berdaftar, hanya 16 peratus yang berjaya dan disenarai pendek oleh industri sehingga kini.
“Daripada jumlah keseluruhan permohonan, hanya 277 yang berjaya dan disenarai pendek, bermakna masih terdapat 1,970 kekosongan jawatan yang boleh dimohon dan diisi oleh rakyat Negeri Perak.
“Jawatan kosong yang ditawarkan oleh industri ini memerlukan penempatan segera bagi membolehkan operasi industri tidak terjejas atas faktor guna tenaga yang tidak berada pada tahap maksimum,” katanya melalui siaran media hari ini.
Tegasnya, kerajaan negeri amat prihatin akan masalah dihadapi rakyat khusunya yang sedang menganggur atau yang diberhentikan kerja oleh syarikat terjejas wabak Covid-19 yang menghimpit ekonomi isi rumah rakyat.
Oleh yang demikian, menurutnya, kerajaan negeri mengambil pendekatan jangka pendek dan panjang bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat dengan membawa peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pelbagai industri.
Mengulas lanjut, beliau berkata masih lagi terdapat kekurangan permohonan dalam kalangan rakyat tempatan bagi mengisi kekosongan jawatan terutamanya penjawatan sokongan dalam industri pembuatan.
“Masalah utama yang dihadapi Industri kini adalah kurangnya permohonan daripada warga tempatan untuk mengisi jawatan sokongan, penegasan kerajaan dalam mengutamakan pekerja tempatan juga perlu dipandang serius oleh industri bagi memberi lebih peluang kepada warga tempatan,” ujarnya.
Kerajaan Negeri Perak turut menyeru pencari kerja untuk menghubungi PASAK melalui talian 05-318 3290 atau layari laman Facebook rasmi Pusat Aspirasi Anak Perak/PASAK untuk maklumat lanjut.
Sumber: Komunikasi Strategik Perak [Stratcom]