Home Artikel PAS Selangor

Orang PAS Tidak Ikut Tok Guru Nik Aziz?? – Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor | Ustaz Shafie Bin Ngah

549
SHARE

Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah

Ini point yang selalu mereka guna iaitu ulang dan ulang. Dia punya ulang dah macam wirid bagi mereka. Sama seperti isu PAS dapat 90 juta ulang dan ulang dan ulang.

Itu strategi.

Malang bagi mereka strategi ini hanya kena sipi. Ya PAS memang terkena dengan strategi itu. PAS hilang banyak kerusi DUN di Selangor dan Johor.

Tapi PAS menang di Terengganu, bertambah kuat di Kelantan dan menambah kerusi di Pahang. Kini menjadi MB di Kedah, menjadi exco di Perak dan menjadi Menteri di Persekutuan.

Point ‘orang PAS tak ikut Tok Guru Nik Aziz’ ni sebijik macam point yang MP Jelutong bawa. MP DAP. Nampak seolah-olah MP DAP sangat sayang dengan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Sekira-kira dia lebih sayang kepada Tok Guru berbanding orang PAS sendiri!

Wow!

Saudara, masa Tok Guru hidup lagi DAP dah putuskan hubungan dengan PAS – Jun 2015. Jika anda tidak percaya anda boleh tanya LGE. Sebelum itu DAP Sarawak sudah isytihar putus hubungan dengan PAS. Masa tu ada dia masuk PAS untuk bersama Tok Guru? Tanya khabar pun tidak!

Yang hairannya ramai pula kini menjadi penyambung lidah DAP ini – ‘orang PAS tak ikut Tok Guru Nik Aziz’.

Hello

Ni nak habaq mai Tok Guru Nik Aziz mati dalam PAS tau bukan dalam DAP. Bahkan semua Mursyidul Am mati dalam PAS – Tuan Guru Dato Yusof Rawa dan Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.

(saya guna bahasa mudah – mati dalam PAS = meninggal dunia dalam perjuangan PAS)

Saudara, dalam PAS ada disiplin dan ada peraturan. Kami panggil adab. Dalam PAS ni kami jaga adab berjamaah, disiplin berparti. Siapapun kami, pemimpin di atas atau pengikut di bawah masing-masing ada peranan namun wajib patuh kepada keputusan jamaah dan keputusan parti.

Dalam PAS ada ramai cerdik pandai, yang graduat dari Timur Tengah, dari India, dari Indonesia, dari Malaysia sendiri, dari Barat, dan dari merata tempat. Masing-masing ada kepandaian, masing-masing ada pengalaman, masing-masing ada pandangan. Namun kami bersyukur sekalipun masing-masing melontarkan pandangan dan apabila ada keputusan jamaah semua ikut dan patuh. Keputusan jamaah adalah keputusan secara bersama – kolektif. Sukar nak dapat suasana begini dalam parti lain. Tapi dalam PAS, ada. Alhamdulillah.

Kami ikut Tok Guru Nik Aziz – Tok Guru patuh kepada keputusan jamaah, kami pun patuh kepada keputusan jamaah. Bila-bila masapun kami tetap istiqamah mematuhi keputusan jamaah insya Allah.

Inilah PAS.
Dan begitulah erti ikutan ahli PAS kepada Allahyarhham Tok Guru Nik Aziz.

Ustaz Shafie Bin Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor