Home Artikel PAS Selangor

Rakyat Menghitung, Politikus Juga Menghitung? – Kredit Coretan Dari Negeri Selangor

273
SHARE

Oleh : Suffi Kamari

  1. Saat ketika PKPB diumum, rakyat berkira kira menghitung nasib. Ada yang resah mahu hantar anak kemana? Mahu pulang hantar anak ke kampung? Belanja nya bagaimana? Semua rakyat menghitung apa nasib sepanjang PKPB dan hari seterusnya.
  2. Saat itu juga, politikus sedang menghitung dukungan. Yang Berhormat siapa yang akan bersama bentuk kerajaan baharu. Sekejap lagi jam 10pagi mahu menghadap Agong. Pasti soalan utama Al Sultan Abdullah ialah kesahihan sokongan kepada Politikus. Politikus tetaplah politikus. Hitungan kuasa dan keghairahan kerusi Memanda Perdana Menteri ialah perkara utama. Yang lain lain jadi nombor 2 atau tiada.
  3. Aduhai politikus, saat kau menagih undi kau merayu kami. Kami ditatang bagai minyak yang penuh.
  4. Aduhai politikus, saat kau sudah pon menjadi YB, nasib kami masih lagi begini, cerita penglipur lara kau terus dilupa, kau tagih mahu menjadi Perdana Menteri.
  5. Ya, barangkali politikus ini sudah sampai ke hujung nasibnya. Rakyat dibawah yang susah akibat wabak sudah jadi ceritera yang tidak bernilai, yang dinampak hanya lah sebuah kerusi yang paling dikejar.

Kerusi Perdana Menteri!

Selamatlah Duhai Politikus yang terus menghitung, semoga hitungan mu juga dihitung oleh rakyat yang memerhati dibawah!!!

Mohon Like dan follow kami di Page Pemuda PAS Dun Hulu Kelang, jika tak suka komen dibawah nanti kita reply banyak banyak. Ya kami satu satunya Page Pemuda PAS yang akan reply komen tidak suka anda.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor