Home Artikel PAS Sabah

PAS Kudat hulur bantuan ringan beban masyarakat

282
SHARE

Oleh: Suziana Ghani
16 Oktober 2020

KUDAT: PAS Kawasan Kudat meneruskan misi kebajikan dengan membantu mengagihkan sumbangan bagi meringankan beban masyarakat sekitar Kudat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 dan cuaca yang tidak menentu.

Semalam, seramai 69 keluarga di Kg. Untang-untang, Kg. Mulung-mulung, Kg. Kanibungon Darat dan Kg Pengakalan Kanibungon telah menerima sumbangan keperluan dapur berbentuk beras.

Pagi ini pula, seramai 39 keluarga di Kg. Boribi Laut, Kg. Boribi Darat dan Kg. Desa Sebarang turut menerima sumbangan.

Menurut Nemrone Loveh, Yang Dipertua PAS kawasan Kudat, sumbangan ini merupakan hasil kutipan daripada Tabung Covid 2.0 yang telah dilancarkan pada Sabtu lepas.

“Sumbangan diagihkan tanpa mengira agama, kaum dan bangsa. Untuk hari ini serahan dilakukan di perkampungan non-Muslim,” ujar Nemrone.

Menurutnya lagi, kutipan dana masih diteruskan dan serahan dilakukan secara berperingkat bergantung kepada dana yang diperoleh.

Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Dausieh Queck, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Sabah.

PAS Kudat mensasarkan untuk membantu 5,000 keluarga sekitar Kudat yang merangkumi kawasan Pitas, Bengkoka, Tanjung Kapor dan Pulau Banggi.

Kepada masyarakat yang ingin menyumbang boleh menghubungi pengarah program di talian 019-8415002 dan sumbangan tunai boleh disalurkan ke akaun Maybank PASTI Al-Furqan Kudat, 560063056547.