Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Rakyat Malaysia Maut dalam Gempa Bumi di Lombok

199 views
SHARE

Gempa bumi 6.4 magnitud yang menggegarkan Pulau Lombok semalam, 29 Julai 2018 telah mengorbankan hampir 14 nyawa.

Salah seorang mangsa merupakan rakyat Malaysia, Siti Nur Iesmawida Ismail, 30 telah mati dihempap runtuhan ketika berada di Sembalun Sajang di kaki Gunung Rinjani.

Al-Marhumah merupakan seorang kakitangan di Miraj Academy, Ampang dan Sukarelawan Belia Berkemahiran di Majlis Belia Malaysia.

Kami seluruh kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysai merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga mangsa atas kejadian yang menimpa.

Pemergian beliau di usia muda memberikan 1,001 hikmah buat kita yang masih hidup kerana kematian tidak mengenal usia sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud;
“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tangguhkan walau sesaat, dan tidak pula dapat didahulukan” [ Q:S. Al-A’raf : 34 ]

Semoga seluruh ahli keluarga tabah dan sabar menghadapi ujian ini.

Tidak dilupakan, buat seluruh keluarga mangsa yang terkorban mahupun yang tercedera, semoga kalian tabah dan redha atas ketentuan Ilahi.

Selain menjadi ujian buat mereka, hal ini juga menunjukkan bahawa Allah S.W.T berkuasa atas apa yang dikehendaki-Nya.

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
30 Julai 2018 bersamaan 17 Zulkaedah 1439