
IPOH, 18 November 2020 – Seramai 500 usahawan dan individu berpeluang menjana pendapatan berterusan menerusi inisiatif strategik βRakan Niaga Telco atau Telcoprenuer Perakβ.

Menteri Besar, Datoβ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, program tersebut turut memberi manfaat kepada belia, penganggur, individu yang ingin menambah pendapatan dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
βMelalui kerjasama dengan syarikat redONE Network Sdn. Bhd, RM1.5 juta telah dibiayai bagi program ini yang merangkumi insentif βRakan Niagaβ dan βPenasihat Jualanβ, Individu yang berminat hanya perlu membuat pendaftaran keahlian yang akan dikreditkan semula ke e-wallet masing-masing,β katanya.

Bagi insentif βRakan Niagaβ, syarikat redONE menawarkan insentif berjumlah RM2,500 dengan RM500 kos permulaan, manakala Insentif βPenasihat Jualanβ menawarkan insentif berjumlah RM580 dengan RM100 kos permulaan dan pemohon perlu daftar keahlian terlebih dahulu.
Tambahnya, inisiatif ini akan mampu menjana pendapatan tambahan purata sebanyak RM3,000 dan RM1,500 sebulan bagi usahawan dan penasihat jualan.

βKita berharap para usahawan sedia ada dan golongan belia akan mengambil manfaat daripada program ini untuk menjana pendapatan,β katanya sdalam majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara PASAK, STeP dan redONE.
Inisiatif tersebut akan disebarkan kesemua kawasan dan daerah di Negeri Perak menerusi Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Penghulu dan Ketua Kampung.
STeP turut menyediakan senarai usahawan yang akan ditemuduga oleh pihak redONE dan permohonan boleh dibuat secara atas talian bermula 19 November sehingga penghujung Disember.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datoβ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pengerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Misbahul Munir Masduki.
Program Rakan Niaga Telco atau βTelcoprenuer Perakβ merupakan inisiatif diantara kerajaan negeri melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dengan kerjasama redONE Network Sdn. Bhd.