Oleh : Baity
Segamat, 12 Mac : Cuaca panas di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Bandar Putra dalam DUN Kemelah menjadi ceria apabila sepasang pengantin yang melangsungkan majlis perkahwinan pada hari ini datang melaksanakan tanggungjawab mengundi.
Pasangan yang hadir lengkap berpakaian songket moden ini disambut oleh YB Zuraida Md Nor yang bertugas sebagai Ejen Pemerhati Barung di pusat mengundi berkenaan. YB juga turut membantu mereka menyemak daftar pemilih dan saluran mengundi mereka.
“InsyaAllah 2 undi untuk Perikatan Nasional dari pasangan ini”, ulas YB Zuraida yang ditemui selepas tamat masa pengundian dan pusat mengundi ditutup pada jam 6 petang.
YB Zuraida yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia mengharapkan agar pengundi di Johor dapat membuat perubahan dan memilih wakil rakyat tempatan yang sememangnya memahami denyut nadi rakyat di DUN ini.
“Cikgu Mala merupakan anak jati FELDA Kemelah, berkhidmat di sini sebagai guru sebelum melibatkan diri dari politik dan telah bertanding sebanyak empat kali. Meskipun berperwatakan lemah-lembut namun mempunyai prinsip dan jiwa yang kental dan ini membuktikan kekuatan beliau sebagai seorang pemimpin dan pembawa suara rakyat”.