Home Berita PAS Terengganu

Pengundi terharu belum jadi YB sudah buat kerja

180
SHARE

Oleh : Sofeah Ali

MERSING – Pengundi N33 Tenggaroh terharu dengan kesungguhan calon Perikatan Nasional (PN), Roslan Nikmat atau Cikgu Lan yang belum lagi dipilih tetapi sudah bekerja menyelesaikan masalah rakyat.

Rose Hafizan Abdullah, 43, dari Felda Tenggaroh 5 memuji Cikgu Lan kerana berjaya menyelesaikan masalah jalan gelap di Tenggaroh sejak disekian lama.

“Setiap kali Pilihan Raya, kita buat aduan lampu jalan tapi, tiada langsung usaha untuk menyelesaikannya, tetapi dengan Cikgu Lan, baru ini kami mengadu, alhamdulillah, dah menyala dah semalam,” katanya.

Ini diakui rakannya, Yusran Mohd Yusof, 43, sambil menambah walaupun baharu dua tempat lampu solar dipasang berbanding sepatutnya 30.

“Kalau kiranya dua ni tak setimpal lah, jarak lampu solar kedua yang dipasang 4km dari lampu pertama, kami tetap berpuas hati, lampu dipasang di kawasan berisiko, tempat lembu berkeliaran,tempat kebiasaan berlakunya kemalangan,” katanya.

Mereka yang ditemui bersama penduduk Felda berkenaan hari ini mengucapkan berbanyak Terima kasih kepada Cikgu Lan.

Sementara seorang penduduk, Ahmad Ariffin Ramlah, 35 dari Tenggaroh 6 yang ditemui di Program Tukor Minyak Hitam tidak menyangka calon PN begitu prihatin.

“Walaupun belum jadi wakil rakyat sudah buat program bantu rakyat, tukar minyak hitam yang kalau tidak ada program ini, mungkin kita tidak tukar lagi, sebab guna duit yang ada tu untuk kegunaan lain dulu,” ujarnya.