Home Berita PAS Terengganu

Raja dan rakyat berpisah tiada – KPEN DPPNT

40
SHARE

Tanggal 12 Januari 2021, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia. Keputusan bijaksana Baginda telah memberikan peluang kepada Kerajaan PN untuk merencana pelan yang terbaik bagi memastikan negara Malaysia boleh bebas dari cengkaman COVID-19.

Setelah lima bulan Proklamasi Darurat ini dilaksanakan, banyak langkah yang diambil oleh kerajaan membuahkan hasil khususnya dalam menyeimbangkan isu ekonomi dan kesihatan awam ekoran pandemik ini. Jom kita lihat bersama.

1. Bantuan tanpa henti yang diberikan oleh kerajaan PN sepanjang melawan pandemik ini daripada bermulanya PKP yang pertama pada 18 Mac 2020 tahun lalu. Bantuan PRIHATIN, PERMAI, PEMERKASA, dan terbaru PEMERKASA Plus dengan peruntukan berbilion ringgit namakan sahaja bantuan apa yang tidak disalurkan kepada rakyat. Ini sangat memberi kesan kepada aliran tunai dan kelangsungan hidup kepada rakyat terutamanya B40.

2. Perlandaian keluk kebolehjangkitan COVID-19 yang berjaya dicatatkan oleh kerajaan PN dengan perlaksanaan PKP dan PKPD di beberapa buah negeri. Walaupun negara telah mencatatkan lebih 9000 ribu kes pada 29 Mei 2021 yang lalu, ianya masih rendah jika dibandingkan dengan unjuran sebenar yang dianggarkan mencecah 10,000 kes pada bulan Mei 2021. Dengan tindakan pantas kerajaan PN, keluk ini dapat dikawal.

3. Perlaksanaan darurat dan PKP ini juga memberi sejuta kelegaan kepada sistem kesihatan awam yang hampir lumpuh satu ketika dulu. Kini kita dapat melihat kes sembuh harian yang begitu tinggi ekoran kebolehan sistem kesihatan awam yang kemnbali pulih selepas darurat dan PKP fasa 1 dilaksanakan. Ini memberi harapan tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk keluar segera dari wabak ini.

4. Dalam tempoh darurat ini juga, program vaksinasi kebangsaan juga dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Vaksin pertama di Malaysia yang tiba pada Februari yang lepas sehingga hari ini telah mencatatkan lebih 5 juta rakyat yang telah divaksin dan ini telah mencapai lebih 10% populasi rakyat Malaysia. Kapasiti PPV juga dipertingkatkan setiap hari dan telah mencapai sehingga lebih 200,000 suntikan setiap hari. Jumlah ini juga semakin meningkat dan dijangkakan sehingga 300,000 suntikan setiap hari menjelang akhir Jun 2021.

Banyak lagi siri kejayaan yang ditunjukkan oleh Kerajaan PN sepanjang Proklamasi Darurat dan arahan PKP yang dilakukan oleh kerajaan PN. Kebersamaan dengan rakyat dalam melawan wabak ini adalah formula yang digunapakai oleh Kerajaan PN hari ini untuk mengatasi wabak ini.

Kami sebagai sebahagian dari rakyat Malaysia juga menyembah tahniah diatas tindakan bijaksana YDPA untuk melaksanakan Proklamasi Darurat yang telah memberi peluang kepada Kerajaan PN untuk terus berbakti kepada rakyat dengan segera tanpa melalui halangan birokrasi pemerintahan yang dicipta oleh kerajaan lalu. Juga melindungi Negara Malaysia daripada mereka yang mempergunakan institusi Parlimen untuk tujuan menggugat kestabilan Kerajaan yang dilantik oleh Tuanku Al-Sultan.

Sesungguhnya Tuanku Al-Sultan telah merealisasikan slogan “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”.

Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu