Raih Syurga Melalui Anak Yatim Piatu
TERENGGANU, 26 Januari 2018 : Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita akan kembali. Semua yang hidup pasti akan mati. Tiada yang kekal di muka bumi ini dan tiada satupun adalah milik kita. Hatta orang yang paling kita sayang juga adalah milik Allah. Benarlah, ajal itu tidak mengira usia, tidak mengira sihat atau sakit. Ia datang tanpa diduga kepada sesiapapun. Kebelakangan ini sahaja Allah sudah membuka mata kita semua. Saban hari kita menerima berita tentang kematian saudara-saudara kita di usia muda. Lebih menyedihkan, pemergian mereka bukan sahaja meninggalkan isteri atau suami, malah mereka tanpa rela meninggalkan anak-anak mereka yang masih kecil.
Terbaru, seorang sahabat muslimat kita pergi buat selama-lamanya di usia muda pada 12 Januari 2018. Allahyarhamah telah kematian suaminya beberapa ketika yang lalu. Bertambah sayu, mereka meninggalkan 4 orang anak mereka yang masih kecil. Kini, keempat-empat mereka dijaga oleh nenek mereka di Terengganu.
Berita sayu ini sampai kepada pihak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKK DMPM) pada 17 Januari 2018, 5 hari selepas pemergian Allahyarmah Puan Yosni Arbaeiyah.
Justeru itu, LKK DMPM mengambil inisiatif dengan serta merta melancarkan kutipan sumbangan melalui poster yang ditular di media-media sosial rasmi dan melalui whatsapp.
Sumbangan ini adalah bertujuan untuk membantu anak-anak Allahyarmah yang kini bergelar yatim piatu.
Alhamdulillah, kutipan sumbangan yang telah berjaya dikumpul oleh pihak LKK DMPM hasil sumbangan para dermawan amat memberangsangkan. Dengan hasil kutipan itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia iaitu Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Bendahari DMPM iaitu Dr. Che Faridah Ismail serta Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan telah menziarahi rumah ibu kepada Allahyarhamah Puan Yosni Arbaeiyah bagi menyerahkan sumbangan tersebut kepada anak-anak arwah.
LKK DMPM menyatakan rasa terharu dan penghargaan yang tidak terhingga kepada para penyumbang yang budiman atas keprihatinan dan kepercayaan kepada LKK DMPM sebagai pihak yang bertanggungjawab menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Semoga Allah mengganjari dengan segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Allahumma aameen.
Bagi yang masih sudi untuk menyumbang, pihak LKK DMPM masih mengalu-alukan dan membuka ruang untuk kita semua terus beramal jariah. Semoga, in shaa Allah, amal jariah yang berterusan ini akan menjadi bekal untuk kita semua bawa bertemu Allah kelak. Allahu ta’ala a’lam.
Sumbangan boleh di salurkan ke akaun:
? Dewan Muslimat PAS Pusat
? MAYBANK: 5640 2540 0711
? SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:
Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381
Semoga dengan sumbangan anda, ianya menjadi saham terbesar di akhirat kelak. InsyaAllah.
Jazakumullah khair katheera. Siiru ‘ala barakatillah.
? Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia
#KamiPrihatin
#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan