Home Artikel PAS Sarawak

Rabies:PAS gesa masyarakat usah percaya khabar angin

106 views
SHARE

PAS Kawasan Petra Jaya hari ini menggesa masyarakat di sekitar Petra Jaya agar tidak terpedaya dengan khabar angin berkenaan wabak rabies yang merebak ke kawasan ini. Ini berikutan satu mesej yang tular di media sosial mengatakan wabak rabies telah merebak di Jalan Astana, melalui pengumuman di Masjid Darul Abidin di sini.

Penularan mesej dari pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut telah menyebabkan masyarakat menjadi panik. Mesej palsu yang tersebar itu juga telah disangkal oleh pihak berkuasa melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, penularan mesej tersebut adalah palsu dan tidak benar seperti yang dilaporkan. Menurut kenyataan itu lagi, satu mesyuarat juga telah diadakan bersama beberapa agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Datu Jaul Samion yang merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar) bagi membincangkan kaedah membendung masalah yang berlaku serta mendidik masyarakat berhadapan situasi ini.

PAS Kawasan Petra Jaya menyokong penuh sebarang usaha kerajaan dalam menganggani penularan wabak rabies ini. PAS Petra Jaya akan turut membantu dalam memberi kefahaman berkenaan wabak ini kepada masyarakat.

PAS Kawasan Petra Jaya turut menasihatkan orang ramai agar tidak panik serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa setiap masa bagi menjamin keselamatan diri dan keluarga masing-masing.

PAS Kawasan Petra Jaya juga melahirkan rasa kesal atas tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu kepada orang ramai serta berharap individu tersebut berhenti dari melakukan perkara demikian pada masa akan datang. Selain dari itu, PAS Kawasan Petra Jaya sangat berharap agar pihak Polis dapat menjalankan siasatan berkenaan penularan mesej palsu ini serta mengenal pasti dalang yang terlibat.

PAS Kawasan Petra Jaya berharap agar penularan wabak rabies ini dapat dikawal sepenuhnya seterusnya memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat terjamin. Sama-sama kita berdoa kepada Allah agar keadaan ini kembali tenang.

Ketua Penerangan,
PAS Kawasan Petra Jaya