Home Berita PAS Terengganu

Qiamulail bermula selepas waktu Maghrib

886
SHARE

oleh : Muhammad An Nazili Yahya

KEMAMAN, 12 JUN : “Qiamullail ni ramai silap faham. Bukan pukul 3 pagi. Dia bermula daripada selepas maghrib. Lepas dari kita buka puasa tu, maka boleh dah kita nak start qiamullail. Qiamullail ni macam tadi, iaitu kita mandi selepas daripada maghrib, mandi kemudian kita pakai minyak wangi, kita boleh baca Al-Quran dan semua sekali. Dan jangan lupa bagi orang berkerja esok, paling asas sekali jangan lupa untuk solat teraweh (qiamullail).” Kata Ustaz Abdul Hadi bin Salleh dalam tazkirah beliau sempena majlis berbuka puasa pada petang ini.

Majlis tersebut dianjurkan oleh NGO Pemuda Usrah Tarbawi Kemaman dan NGO Anak Muda Kemaman bertempat di Padang Astaka, Chukai. Program tersebut bermula jam 6.00 petang dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Abdul Hadi Bin Salleh, selaku Penasihat kepada NGO tersebut.

Majlis diserikan lagi dengan ketibaan Pengarah MTD Air Putih, Cikgu Abd Razak Bin Ibrahim, yang baru pulang daripada program JeRIT anjuran Jabatan ICT PAS Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pilihan Raya dan Jabatan Penerangan Negeri. Selain itu, beliau juga merupakan bekas calon PAS bagi Pilihan Raya Umum Kali – 13 yang lalu.

Ustaz Zulfari Bin Mohamad selaku Presiden NGO Pemuda Usrah Tarbawi Kemaman menyatakan majlis seperti ini diadakan setiap tahun bagi mengeratkan hubungan silaturrahim anak muda kemaman sekaligus untuk mencari kelebihan pahala dibulan Ramadhan. Majlis tersebut berakhir jam 8.00 malam selepas solat maghrib secara berjemaah.

{jathumbnail off}