Home Berita PAS Terengganu

Pusat Sains Terengganu catat kehadiran luar jangka

20
SHARE

KUALA TERENGGANU – Pusat Sains Kreativiti Terengganu (PSKT) mencatat kehadiran pengunjung di luar jangka iaitu melebihi 80,000 orang bermula Januari sehingga September 2023.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Ahmad Shah Muhamed berkata ini membuktikan bahawa PSKT menjadi tarikan baharu pengunjung ke bandaraya Kuala Terengganu.

Katanya, menerusi sektor edu-tourism ia dapat meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan sains dan teknologi dalam kehidupan.

“PSKT mengambil langkah ini untuk menambah baik mekanisme pembelajaran dengan menerapkan konsep ‘fun learning’.

“Ia bagi menghasilkan pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan diterima secara menyeluruh di seluruh peringkat umur,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam Kenyataan media selepas Majlis Perasmian dan Ikon Sains Sempena Karnival Minggu Sains Negara 2023 bertempat di Dewan Auditorium PSKT di sini semalam.

Turut hadir, pegawai-pegawai di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Mengulas lanjut mengenai Karnival Minggu Sains Negera Peringkat Negeri Terengganu Ahmad Shah berkata, pogram itu menggabungkan beberapa elemen pembelajaran STEM iaitu Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik.

“Ia bertujuan bagi menarik minat masyarakat terhadap sains dan teknologi dalam pelbagai sektor,” ujarnya.

Di samping, memastikan sains dan teknologi bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.