Home Berita PAS Pahang

Pusat judi simpang Jengka 14 tutup!

1090
SHARE
Ustaz Shahril (kanan sekali) sedang berkata sesuatu kepada pemilik kedai judi

BANDAR JENGKA: Setelah digempur dan diberi amaran, akhirnya pusat judi di simpang Jengka 14 yang selama ini menjadi destinasi remaja tempatan, telahpun ditutup operasinya.

Adun Jengka Ustaz Shahril Azman AlHafiz dalam facebooknya menyebut, pemilik premis berkenaan bahkan membuat tawaran untuk menjual kedai berkenaan.

“Alhamdulillah hasil kerjasama semua pihak pusat judi simpang Jengka 14 telahpun ditutup operasinya. Bahkan tauke judi (tersebut) telahpun mengiklankan untuk menjual premis judi dan perabut dengan harga 100k++.

“Pihak Adun Jengka telah dimaklumkan perkara ini oleh Ketua Polis Balai Daerah Jengka ketika kunjungan beliau ke pejabat Adun baru baru ini.

“Semoga usaha yang sedikit ini mendapat balasan yang besar daripada Allah kepada semua yang terlibat menjayakannya,” tulis beliau.

Sebelum ini disiarkan berita Ustaz Shahril bersama dua pegawainya dengan kerjasama Pejabat Agama Jengka dan pihak polis, telah membuat serbuan ke premis tersebut.

Tindakan berkenaan adalah hasil aduan orang ramai, setelah kecoh diperkatakan simpang Jengka 14 di sini telah sering kali digelar sebagai ‘Tongkiat Kedua’ berikutan wujudnya kedai judi nombor ekor haram yang telah beroperasi secara sembunyi-sembunyi sejak beberapa tahun lalu dengan berselindung di sebalik jualan perabut dan baja.

Sementara itu Adun Jengka mendapat pujian dalam komen di statusnya. Antaranya: “Sape undi Pas Dun Jengka sehingga ada kuasa dan sekat kemungkaran dapat pahala…. ada bantahan???”.

Muhammad Hafizuddin: “Ni yang ATGNA sebut, undi PAS boleh dapat pahala.”

Abuhadeef Al-fateh: “Ya2.. selepas 30 tahun barulah makin jelas utk difahami…. Makin jelas Politik dgn dosa pahala ni xboleh dipisahkan….”

Hj Abdul Rahman Shaari: “Masih ada yg ragu undi pas dpt pahala .berjaya hlg maksiat jadi org bertakwa pasti masuk syurga.harap lepas tiada lagi.”