Home Berita PAS Wilayah

Sumbangan Raya Buat Pendidik

827
SHARE

Titiwangsa, 3 Jun – PAS Titiwangsa telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Raya dan Iftar bersama 100 orang pendidik di bawah institusi milik Pas di Darul Ummah.

Para pendidik yang terdiri daripada guru PASTI, SRA SRI Al-Ummah dan Tahfiz Ummah Bestari telah mula berkumpul seawal jam 5.30 petang. Majlis ini juga bersempena sambutan Hari Guru dirasmikan oleh Tuan Hj. Khairul Anuar b. Abd Manap, YDP PAS Titiwangsa. Turut hadir memeriahkan majlis ialah pimpinan PAS Titiwangsa, Ketua Penerangan, Ketua Urusan Ulamak, Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat beserta pimpinan PASTI Titiwangsa dan Pengurus Tahfiz.

Majlis dimulai dengan pengisian rohani yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Farkhan b. Md Zain, Penolong Rektor 1, Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM). Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian Sumbangan Raya daripada pihak pengurusan SRA SRI Al- Ummah, PASTI dan Dewan Muslimat PAS Titiwangsa. Majlis berakhir dengan iftar dan solat terawih berjemaah.

Pas Tiriwangsa yakin dengan komitmen para pendidik ini ajaran Islam akan dapat diterus dan dikembangkan di seluruh Parlimen Titiwangsa.

Diharapkan para guru tetap istiqomah mendidik anak bangsa menjaga dan memartabatkan agama Islam di Malaysia. Sumbangan para guru lebih besar dan amat bermakna buat PAS Titiwangsa.