Home Berita PAS Negeri Sembilan

PSK ziarah keluarga pencarum SkimPAS yang meninggal dunia

286
SHARE

Oleh FAKHRURAZI MOHAMAD YUSOF

Port Dickson, 15 Disember : Keluarga pencarum Skim Kifalah Ahli PAS (SkimPAS), Zakaria Ahmad yang meninggal dunia pada 11Disember lepas diziarahi oleh Perunding SkimPAS (PSK) Negeri Sembilan, di sini petang tadi.

PSK, Rusilah Md Som menziarahi Fatimah Shaari iaitu isteri arwah Zakaria yang merupakan salah seorang pencarum SkimPAS di Negeri Sembilan yang meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat komplikasi penyakit kencing manis kronik.

Kedatangan Rusilah di kediaman keluarga arwah, di alamat No 577, Jalan 10/18, Bandar Springhill, adalah untuk mengumpulkan semua dokumen penting proses tuntutan bagi manfaat kematian SkimPAS.

Rusilah berkata, ” SkimPAS yang ditawarkan kepada ahli PAS meletakkan objektif untuk menjaga kebajikan ahli itu sendiri menerusi manfaat kematian berjumlah sepuluh ribu ringgit bagi yang berumur 18 tahun hingga 69 tahun.”

“Antara lain, SkimPAS juga mampu menjalinkan ukhuwah sesama ahli, seperti kunjungan yang saya laksanakan ke atas keluarga tersebut pada petang ini” kata beliau lagi.

Turut hadir dalam majlis ringkas di rumah arwah Zakaria, ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Port Dickson Abdul Fatah Zakaria.

Rusilah mewakili warga SkimPAS di Negeri Sembilan mengucapkan takziah atas pemergian arwah dan berharap agar manfaat kematian yang bakal diterima oleh keluarga tersebut dapat meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.