Home Berita PAS Selangor

Provokasi Lim Kit Siang melampau! – Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

24
SHARE

May be an image of ‎4 people, glasses and ‎text that says "‎KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS SELANGOR MUSLIMAT PAS SELANGOR MENUNTUT TINDAKAN TERHADAP ADUN SG PELEK Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Dewan Muslimat PAS Selangor DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SELANGOR LAJRAH S Oيکat &MEDIABARU‎"‎‎

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Ustazah Hjh Wan Hasrina bt Wan Hassan
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

1. Rukun Negara telah menjadi panduan keamanan dan keharmonian rakyat Malaysia selama ini. Keharmonian, perpaduan dan sikap saling menghormati antara kita adalah hasil kepatuhan pada pegangan prinsip Rukun Negara ini. Ia tidak hanya sebuah ungkapan kosong malah menjadi kunci kepada kejayaan dan kestabilan Malaysia.

2. Namun Rakyat Malaysia amat kesal dan marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Kit Siang baru-baru ini. Ia amat melampau dan dilihat sengaja menanamkan benih kebencian dan perbalahan di antara rakyat Malaysia. Sebagai orang lama dalam arena politik Negara, kenyataan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu amat tidak bertanggungjawab, provokatif dan tidak acuh serta jelas menghina agama Islam.

3. Tindakan tegas terhadap orang yang mencabar prinsip perpaduan bernegara ini adalah suatu pengajaran agar tindakan biadap ini tidak berulang lagi. Lebih-lebih lagi di kalangan pemimpin masyarakat yang dipilih melalui sistem demokrasi.

4. Seharusnya,ketika mana negara sedang bergelut dengan pelbagai krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik Covid-19, Lim Kit Siang bersikap professional dan melaksanakan amanah beliau sebagai seorang Wakil Rakyat dengan membantu masyarakat. Rakyat sedang bergelut demi kelangsungan hidup tetapi beliau begitu mudah mencetuskan provokasi dan mengkucar-kacirkan keadaan.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor menentang provokasi melampau seperti ini dan menuntut tindakan diambil terhadap beliau.

8 Julai 2021/27 Zulkaedah 1441H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor