Home Berita PAS Wilayah

PROSES PENAMAAN CALON DI LEMBAH PANTAI LANCAR

664
SHARE

Oleh : Muhbib ‘Adni

LEMBAH PANTAI, 5 Nov : Proses penamaan Calon Pilihanraya Umum Kali Ke-15 bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai (P121) telah berlangsung dengan baik tanpa sebarang provokasi daripada penyokong keempat-empat parti yang terlibat.

Rata-rata penyokong Perikatan Nasional telah mula berkumpul di Surau Al-Falah seawal jam 7.00 pagi bagi menunaikan Solat Hajat secara beramai-ramai sebelum meneruskan perarakan ke Pusat Penamaan Calon yang bertempat di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya.

Lebih 1000 orang penyokong telah hadir memberikan sokongan kepada LAr Haji Fauzi Abu Bakar yang merupakan calon Perikatan Nasional bagi Parlimen Lembah Pantai pagi ini.

Kesemua wakil daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Gerakan Tanah Air dan Pakatan Harapan yang telah membuat penamaan calon hari ini sah bertanding di Parlimen tersebut.