Home Artikel PAS Selangor

Projek Pembinaan Jalan Putrajaya Ke Simpang Tiga Jenderam/ Jalan Bangi Lama, Daerah Sepang, Selangor – Pakej A : Menaiktaraf Laluan B17 (Jalan Bangi Lama/ Jalan Reko), Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan

2041
SHARE

        
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha menambahbaik aspek kualiti penyelenggaraan jalan, jangka hayat jalan dan pengurusan aset jalan yang efektif untuk meningkatkan taraf keselesaan dan keselamatan pengguna dengan kos yang optimum selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri iaitu ‘Membangun Bangsa Memakmur Negeri’.
        
Projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Jalan Putrajaya Ke Simpang Tiga Jenderam / Jalan Bangi Lama, Daerah Sepang, Selangor – Pakej A: Menaiktaraf Laluan B17 (Jalan Bangi Lama / Jalan Reko), Daerah Hulu Langat merupakan projek yang diluluskan Oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam RMK-10 dengan Siling keseluruhan projek adalah sebanyak RM 72 Juta.

Skop projek ini adalah menaiktaraf Jalan dan melebarkan Jalan Reko (B17) ini mengikut piawaian JKR U4 Dual-carriageway dengan panjang keseluruhan jalan adalah 5.575 km. Secara terperinci skop kontrak melibatkan kerja-kerja sepertimana berikut ;

i. Kerja Pembinaan Jalan dan Pelebaran Jalan.
ii. Meroboh Jambatan Lama dan membina Arch Culvert di CH125.
iii. Pelebaran Jambatan Sungai Tangkas.
iv. Pelebaran Jambatan Sungai Rekoh.
v. Pengantian culvert di CH 7100
vi. Kerja-kerja Saliran
vii. Kerja-kerja Lampu Jalan
viii. Pengalihan Utiliti Telekom, TNB, Air Selangor
ix. Pengambilan Balik Tanah

       
Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor selaku Pejabat Penguasa Projek dan JKR Daerah Hulu Langat selaku Wakil Pegawai Penguasa dan pejabat seliaan tapak. Projek ini bermula pada 2 November 2012 dan telah siap pada 30 Ogos 2017 yang lalu di bawah pelaksanaan oleh kontraktor yang dilantik melalui proses tender terbuka iaitu Jurumart Sdn Bhd dan rekabentuk oleh Perunding Khairi Consult Sdn. Bhd.
Projek ini telah siap sepenuhnya dengan kos keseluruhan RM71,996,503.90.

Kerajaan Negeri yakin projek ini dapat meningkatkan kemudahan infrastruktur jalan raya bagi menampung kapasiti kenderaan yang semakin bertambah terutamanya dari pekan Semenyih, Sepang, Dengkil yang menuju ke Bandar Baru Bangi, Kajang & Putrajaya.
Sekian, terima kasih.

YB TUAN HAJI ZAIDY BIN ABDUL TALIB
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam,
Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor
13 DISEMBER 2017