Home Berita PAS Selangor

Kad KISS (Kasih Ibu Smart Selangor)

3944
SHARE

Pendaftaran bermula pada 13hb Disember 2017 (Rabu) di Pejabat Pusat Khidmat  DUN/Penyelaras DUN seluruh Negeri Selangor.

Syarat-syaratnya :
1. Warga Negara Malaysia.
2. Menetap lebih 10 tahun di Selangor.
3. Pemilih (Pengundi) di Negeri Selangor dan mendaftar di DUN masing-masing.
4. Tanggungan anak atau tanggungan dibawah 21 tahun.
5. Pendapatan seisi keluarga dibawah RM2,000.00 sebulan.

MANFAAT KAD KISS
1. Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak.
2. Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.
3. Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless).
4. Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200.00 sebulan.
5. Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan.
6. Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200.00 pada setiap bulan secara automatik.

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN
1. Beras.
2. Mi dan Bihun.
3. Roti.
4. Biskut.
5. Telur.
6. Gula dan Garam.
7. Rempah ratus.
8. Tepung.
9. Minyak masak.
10. Sayur-sayuran.
11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
12. Sabun dan bahan pencuci (detergent).
13. Lampin pakai buang (bayi/dewasa).
14. Produk tenusu–susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
15. Barangan persekolahan–kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya.

                          
Maklumat lanjut sila layari : https://www.kiss.com.my/

“Fastabiqulkhairat – Berlumba-lumba melakukan kebajikan”