Home Berita PAS Selangor

Projek Naik Taraf Jalan Bantu Tingkat Keselesaan Rakyat

1416
SHARE

PROJEK NAIK TARAF JALAN BANTU TINGKAT KESELESAAN RAKYAT
Oleh : Wan Noor Aziezan Baharuddin

BANGI, 13 Desember 2017 – Satu majlis penyerahan projek cadangan membina dan menyiapkan Jalan Putrajaya ke Simpang Tiga Jenderam/Jalan Bangi Lama, daerah Sepang, Selangor – Pakej A Menaiktaraf Laluan B17 (Jalan Bangi Lama / Jalan Reko daerah Hulu Langat telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Haji Zaidy Bin Abdul Talib di Tapak Projek Jalan Reko Bandar Baru Bangi semalam.

Projek ini adalah bertepatan dengan Budget Pembangunan 2018 yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali.

YB Zaidy yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor telah merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor Dan JKR Daerah Hulu Langat kerana berjaya menyiapkan projek tersebut dengan jayanya.

Beliau telah memuji Jabatan Teknikal yang telah berusaha untuk memastikan jalan raya di dalam Negeri Selangor mampu berfungsi dengan baik dan menampung kehendak pembangunan semasa bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna terutamanya penduduk setempat.

Beliau juga telah memaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri telah meluluskan pelaksanaan projek ini dibawah RMK-10 dengan Siling keseluruhan sebanyak RM 72 Juta untuk projek Menaiktaraf Laluan B17 bagi menampung kapasiti kenderaan yang semakin bertambah terutamanya dari pekan Semenyih, Sepang, Dengkil yang menuju ke Bandar Baru Bangi, Kajang & Putrajaya.

Projek yang mengambil masa selama 4 tahun 9 bulan untuk disiapkan ini telah melibatkan kos sebanyak RM 71,996,503.90.

Ia telah dilaksanakan oleh kontraktor Jurumat Sdn. Bhd dan jurutera perunding Khairi Consult Sdn. Bhd dengan melibatkan naiktaraf jalan 4 lorong 2 hala sepanjang 5.57km dengan rekabentuk Piawaian JKR, Jenis U4 (Dual Carriageway).

Projek ini juga melibatkan pembinaan struktur di jambatan Sg. Tangkas, jambatan Sg. Reko dan arch culvert di chainage 125.

YB Zaidy juga telah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak RM 35 Juta didalam RMK-11 bagi meneruskan pelaksanaan projek menaiktaraf Jalan Reko ini bagi memastikan kesinambungan dan menyelesaikan masalah kesesakan di Jalan Reko.

Projek yang dicadangkan bermula pada tahun 2019 ini telah mencadangkan jajaran dengan anggaran panjang 3.5km yang akan bermula selepas Jambatan Sg Tangkas menujuk ke persimpangan lebuhraya SILK ke Putrajaya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ahli Dewan Negeri Kawasan Bangi merangkap YDP PAS Kawasan Serdang, YB Ustaz Shafie Ngah, Pegawai Daerah Hulu Langat, Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Selangor (UPEN), Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Pengarah JKR Selangor, Jurutera Daerah JKR Hulu Langat, Ketua-Ketua Kampung dan Penghulu-Penghulu Mukim.

Galeri album program;