Home Berita PAS Negeri Sembilan

Program Ziarah Prihatin Perikatan Nasional | Parlimen Port Dickson

149
SHARE

Oleh : FAKHRURAZI MOHAMAD YUSOF

PORT DICKSON, 30 Ogos : Program Ziarah
Prihatin Perikatan Nasional (PN), Parlimen Port Dickson (PD) bersama PAS Kawasan PD telah berlangsung di sini, semalam.

PAS yang merupakan salah satu komponen dalam PN telah menerima 160 bakul prihatin untuk diagihkan kepada warga yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan PD, Abdul Fatah Zakaria mewakili PAS Kawasan menerima bakul prihatin tersebut di Pejabat Bersatu Bahagian Port Dickson.

Abdul Fatah berkata, “Kami akan terus mengagihkan 160 bakul prihatin yang diterima sejurus majlis ini selesai.”

Menurutnya lagi, antara penerima bakul prihatin PAS Kawasan PD ialah guru-guru SRITI, PASTI dan wakil-wakil di setiap DUN dalam Kawasan Port Dickson.

” Saya mengharapkan bantuan yang diterima oleh warga PD menjelang sambutan kemerdekaan negara kita, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.”

Program Ziarah Prihatin PAS PD turut dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua Kawasan, Ramli Ismail, Setiausaha Kawasan, Rahman Shah Aris dan Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan PD, Zaki Tukiran.

Memandangkan kita masih lagi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak penganjur program telah memberikan garis panduan perlaksanaan dengan secara berperingkat-peringkat terutamanya dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) .