PROGRAM SUKARELAWAN KOSPEN NEGERI PERAK BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN 1
BAGAN SERAI
Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) adalah program intervensi komuniti yang telah diperkenalkan pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan penyakit tidak berjangkit di negara ini.
Ianya merupakan transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui pemerkasaan serta perluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam.
‘Functional units’ ini terdiri daripada sukarelawan dari kalangan masyarakat di seluruh negara yang akan bertindak sebagai ‘health agent of change’. Kumpulan sukarelawan ini dikenali sebagai pasukan gerak sihat Malaysia atau singkatannya GSiM.
Bagi menghargai sumbangan para sukarelawan tersebut, satu program dengan penyampaian amanat daripada yang berhormat Timbalan Menteri Kesihatan satu Datuk Dr Haji Noor Azmi Ghazali telah diadakan di Dewan sebarau Bukit Merah Lake Town resort di sini hari ini.
Justeru atas rasa kebersamaan dalam menghargai semangat dan usaha gigih para sukarelawan khususnya dalam situasi pandemik covid19 ini, YB tuan Hj Razman Zakaria diwakili Pegawai Khas beliau Encik Ahmad Rosman Razali bersama Yang Dipertua Pas kawasan Bagan Serai Haji Abdul Aziz Majid dan Ketua Muslimat Pas Kawasan Bagan Serai Puan Hajah Rohaya turut hadir bagi meraikan program yang diadakan.
Program yang turut di hadiri Adun Changkat Jering Ahmad Saidi Mohamad Daud itu menyaksikan kehadiran oleh wakil-wakil sukarelawan kospen seluruh perak dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Perak dan lagu rasmi KKM berjudul ‘Kami Sedia Membantu’ seterusnya ucapan alu-aluan daripada Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Ding lay Ming.
YB Datuk Dr Haji Nor Azmi kemudiannya berucap bagi merasmikan program tersebut. Dalam ucapannya beliau banyak memberikan fakta berkenaan penyakit utama yang dihadapi rakyat Malaysia di mana beliau menyatakan 30 peratus dari rakyat Malaysia menghidap darah tinggi manakala satu dari lima orang atau satu perlima rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis.
Beliau juga menyentuh soal pemakanan di mana 95 peratus dari pada rakyat Malaysia tidak makan sayur dengan betul sehingga mengakibatkan separuh mengalami obesiti.
“Hilang duit boleh cari duit, hilang kesihatan duit tak boleh beli kesihatan”, ujarnya ketika menekankan peri pentingnya supaya rakyat Malaysia menjaga kesihatan. Beliau juga mengingatkan tentang kes kematian covid19 di mana 92 peratus darinya adalah terkait dengan mereka yang berpenyakit kencing manis atau darah tinggi atau obesiti.
Perkara ini menunjukkan disamping SOP keutamaan menjaga kesihatan adalah satu lagi asas penting dalam menghadapi situasi pandemik covid-19 ini, sambungnya lagi.
Penyampaian kit ppe, tayangan montaj kospen perak seterusnya lawatan ke tapak pameran serta sidang media dan jamuan makan tengahari mengakhiri program yang diadakan. Turut hadir Pegawai Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri.