Home Berita PAS Selangor

Program semarak Maulidur Rasul SAW santuni frontliners – PAS Kawasan Kota Raja

5
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA, 13 Oktober – PAS Kawasan Kota Raja menerusi KRCAMALSELANGOR meneruskan gerak kerja kebajikan mereka menyantuni masyarakat. Sempena bulan kelahiran baginda Rasulullah SAW iaitu bulan Rabiul Awal, KRCAMALSELANGOR telah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menyerahkan sedikit sumbangan kepada frontliners disana.

Relawan Amal KRCAMALSELANGOR disambut mesra oleh Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Ustaz Mohd Shazni Abdullah dan Pegawai Perhubungan Awam PPUM, Encik Fadil ketika tiba disana. Sumbangan berupa 300 biji roti ‘homemade’ dan 10 karton air telah diserahkan, untuk para frontliners di PPUM.

Menurut KRCAMALSELANGOR, mereka mempunyai ratusan Relawan Amal Medic yang berkhidmat di PPUM, dan juga sebagai mahasiswa perubatan yang sedang menuntut di Fakulti Perubatan dan Pergigian Universiti Malaya. Sedikit sumbangan ini adalah tanda sokongan berterusan terhadap perjuangan Frontliners, juga sebagai penghargaan dan tanda berterima kasih.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor