Home Berita PAS Sabah

Program Semarak Kasih Ramadan Dewan Muslimat Tawau dapat sambutan

319
SHARE

Oleh : NUR SYARIFAH ARIFFIN.                                31 Mac 2022

Tawau : Program Semarak Kasih Ramadan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau (DMPKT) yang diadakan semalam di Pasar Tamu Balung mendapat sambutan daripada para pengunjung.

Dalam program ini DMPK Tawau memberi pek mengandungi Jadual waktu berbuka puasa, risalah Ramadan serta Kurma kepada para pengunjung, di sini ,kelmarin petang.

Pengerusi LKK , Siti Arfah Asrisal berkata objektif program adalah untuk mengajak orang ramai untuk menghayati bulan Ramadan dengan penuh persiapan fizikal dan mental.

” Alhamdulillah program ini mendapat sambutan baik daripada pengunjung pasar tamu dan ada penerima yang mengucapkan jutaan terima kasih atas pemberian ini kerana dapat membantu mereka dalam  persiapan menyambut Ramadan,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Turut hadir menyantuni pengunjung pasar tamu Balung , Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau,  Mandina Ladale serta  AJK -AJK DMPKT .

Program adalah anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK)  dengan Lajnah Dakwah dan Muslimat PAS Cawangan Sawit itu merupakan antara program yang telah dirangka  bagi mengimarahkan bulan Ramadhan yang bakal menjelang.