Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah
Bangi, Selangor | 28 September 2020
Program Semarak Kasih adalah program bersama antara PAS & UMNO. Ia merupakan program ziarah dan menyantuni penduduk setempat. Program pada hari cuti dan hujung minggu yang diubahsuai daripada program Anda Di Hati Kami (ADHK) ini semakin hari semakin meriah.
Dua Program berlangsung secara serentak di dua lokasi yang berbeza satu di Teras Jernang dan satu lagi di Bandar Teknologi Kajang. Kedua-duanya di bawah Kawasan Parlimen Bangi.
Kejutan yang kami terima adalah Kematian isteri salah seorang ahli jawatankuasa UMNO Cawangan Teras Jernang. Allahyarham adalah salah seorang daripada 25 orang yang berada di dalam list yang akan diziarahi kerana sakit. Namun beliau pergi menemui Ilahi. Al-Fatihah.
Rombongan semarak Kasih yang diketuai secara bersama Dato Dr Zaidi Zain Ketua Bahagian UMNO Bangi dan Ustaz Shafie Ngah Yang DiPertua PAS Kawasan Bangi merangkap Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor memulakan program dengan solat jenazah di rumah Allahyarham.
Kejutan yang kedua menerima jemputan berucap di dalam Mesyuarat Agung JMB Pangsapuri Kenanga, Bandar Teknologi. Insiden ini berlaku setelah selesai YDP PAS Bangi dan rombongannya menziarahi salah seorang pesakit di perumahan berkenaan. Semasa berjalan pulang Pengerusi JMB Pangsapuri Kenanga secara tidak semena-mena mempersilakan Ustaz Shafie Bin Ngah singgah ke majlis mereka yang sedang rancak bermesyuarat.
“Kami rindu ustaz. Cakaplah sepatah dua!” itu sahaja keyword yang beliau bagi.
………“Moga hubungan kita tak kan putus di tengah jalan.” Kata Ustaz Shafie dihujung ucapannya.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor