Home Artikel PAS Wilayah

Program Korban dan Akikah PAS Batu Mudahkan Ahli Berkorban

63 views
SHARE

Program Korban dan Akikah PAS Batu Mudahkan Ahli Berkorban

BATU,12 Ogos – PAS Kawasan Batu meneruskan lagi Program Korban dan Akikah tahun ini di Dataran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), semalam.

Program yang bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan para ahli PAS dan penduduk di parlimen itu menunaikan ibadah korban dan akikah merupakan acara tahunan PAS kawasan Batu yang diadakan sempena Hari Raya Aidil Adha.

Dalam program tahun ini sebanyak lima ekor lembu dan tiga ekor kambing telah selamat disembelih oleh mereka yang diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas tersebut iaitu Ustaz Anuar Elias, Haji Abu Bakar Abd Rahman dan Encik Asri.

Lebih kurang 60 orang petugas dari kalangan ahli PAS Batu yang menunaikan ibadah korban dan akikah telah turun membantu kerja – kerja melapah, memotong dan mengagihkan daging korban tersebut. Daging – daging korban telah diagihkan kepada golongan fakir miskin di kawasan itu melalui Ketua – Ketua Cawangan.

Pelbagai menu istimewa seperti kari kambing, sup tulang, daging black pepper dan sayur campur turut disediakan untuk menjamu para petugas serta masyarakat sekitar di situ.

Jamuan makan tengah hari itu juga bertambah meriah dengan kehadiran Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Arbiter Haji Kamisan bin Suja’ yang datang memberikan sokongan atas penganjuran program tersebut.

PAS Kawasan Batu melahirkan rasa syukur atas kejayaan program ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para petugas dan penduduk sekitar yang hadir membantu seawal 8.00 pagi. Semoga Allah SWT menerima ibadah korban dan akikah yang telah dilakukan dan mengganjari setiap amalan kebaikan kita dengan setimpal. Amin.